Komsas Tingkatan 4 Melunas Rindu
Friday, 31 January 2014 | 0 comments
Saja nak berkongsi :) Hihii nak copy paste pun boleh lah, sangat-2 digalakkan dan diizinkan lagi-2 kepada Nur Syamimi Dayana, one of my kesayangan tu. Hihii kbhoiii :)
SINOPSIS
BAB 1
Fuad pulang agak lewat dari hutan dengan membawa kayu api. Selepas sembahyang
isyak di surau, dia dapati Borhan tiada. Dia pergi ke rumah Borhan. Dia
mendapati anak burhan demam. Dia mendapatkan kereta dan menghantar Borhan dan isteri
ke klinik. Dia meninggalkan Borhan di klinik dan memeriksa baki akaun di mesin
ATM. Dia yakin ayahnya memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya. Dia hairan
kenapa baru sekarang ayahnya mengingantinya.
BAB
2 Sudah setahun Fuad berada di rumah Mak Salmah
dan Pak Mail di Danau Seberang untuk memulihkan keadaan setelah ketiadaan
Sofia. Selama itu dia telah dicemuh oleh orang-orang kampung dan juga Mak
Salmah atas kehilangan dan kematian Sofia. Namun Pak Mail yang
mempertahankannya dan tekun mengajar dan membawanya ke surau untuk lebih
mendekati Islam. Fuad dapat mencari dirnya sedikit demi sedikit. Mah Salmah
semakin menerima Fuad. Fuad memberitahu hajatnya untuk membeli tanah kepada Pak
Mail.
BAB
3 Fuad, Pak Mail dan Mak Salmah mengerjakan
tanah yang dieli oleh Fuad dengan harga sepuluh ribu ringgit. Fuad meletakkan
Pak Mail sebagai menama tanah pemilik tanah tersebut. Mak Salmah sedar Fuad
cuba menebus kesalahannya. Jauh di hati Mak Salmah telah memaafkan Fuad. Cuma
kenangan terhadap Sofia yang telah dirampas daripadanya dan telah
meninggal dunia masih lagi menebal. Cikgu abas datang dan meninta Fuad
menjadi guru di sekolah Sofia dahulu.
BAB
4 Fuad datang melapor diri di sekolah. Hari
pertama di sekolah itu membuatkan dia rasa gugup. Cikgu Abas memaklumkan Fuad
mengajar tingakan tiga dan lima. Cikgu Abas memperkenalkan Fuad kepada guru
lain dan Farhana selaku ketua penitia Bahasa Inggeris. Farhana kemudiannya
menerangkan serba sedikit tentang kaedah pengajaran dan pemarkahan Bahasa
Inggeris serta buku-buku untuk membantu Fuad.
BAB
5 Farhana memikirkan program penitia untuk
dibentangkan dalam mesyuarat hari itu. Fuad datang untuk memulangkan buku yang
dipinjam. Farhana meminta idea Fuad untuk prigram tersebut. Fuad mencadangkan
supaya diadakan bimbingan peribadi. Fuad menekankan tentang pelaksanaan
program dan bukannya hanya cantik di atas kertas. Farhana rasa malu. Semasa
pulang Fuad sedang membahagikan jagung yang dibawa kepada rakan-rakan. Farhana
datang ke kereta Fuad untuk mendapat jagung yang dijanjikan oleh Fuad.
BAB
6 Chin datang menemui Fuad di sekolah. Dia
menasihati agar Fuad melawat apaknya di Kuala Lumpur. Apaknya ingin sangat
bertemu dengan Fuad. Namun Fuad begitu keberatan untuk pergi berjumpa dengan
apak di Kuala Lumpur walaupun apaknya merupakan bapa kandungnya. Chin juga
menasihati Fuad agar melawat apak di Sungai Ruan yang merupakan bapa saudara
yang telah membesarkannya sejak kecil. Fuad teringat akan ibunya. Selama ini
fikirannya telah dipengaruhi oleh apaknya menyebabkan dia memutuskan hubungan
dengan keluarga ibunya. Pulangdari sekolah, Fuad menjelaskan segalanya kepada
Pak Mail. Fuad ingin menziarahi apaknya di Sungai Ruan pada masa cuti sekolah
akan datang.
BAB
7 Fuad singgah Kuala Terengganu dalam perjalanan
ke Sungai Ruan. Dia menemui Farhana dan menumpangkannya ke Kuantan. Dalam
perjalanan Fuad menjelaskan kepada Farhana bahawa dia memang dilahirkan dalam
syariat Islam. Dia Cuma kesal dengan sikap bapa kandungnya yang memeluk Islam
hanya untuk mencapai keinginannya. Fuad singgah di rumah Farhana. Dia bertolak
ke Sungai Ruan setelah solat Asar. Fuad memberikan nombor telefonnya kepada
Farhana.
BAB
8 Kedatangan Fuad mengejutkan keluarga apaknya
Peter Lim. Peter Lim semakin uzur dan tidak ada selera makan. Keadaan Peter Lim
yang sakit menyebabkan kehidupan keluarga itu semakin perit. Fuad menyuapkan
bubur nasi. Fuad menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh dan berjanji akan
menanggung segala perbelanjaan pelajaran adik-adik sepupunya. Ketika Farhana
menelefon Fuad, Fuad menamatkan perbualan tergesa-gesa kerana keadaan Peter Lim
mencemaskan. Fuad menjelaskan kepada Peter Lim bahawa dia ingin mencari ibunya.
Fuad berkenalan dengan Pak Said yang ingin menolongnya mencari ibunya di
Lembah Klau.
BAB
9 Perasaan Farhana terganggu memikirkan Fuad
yang tergesa-gesa memutuskan perbualan mereka melalui telefon. Memikirkan soal
memasak, Farhana mengingati keperitan hidupnya semasa belajar di London. Dia
terpaksa memaksak sendiri demi berjimat. Dia pulang dengan harapan yang tinggi
untuk mendidik anak-anak muridnya. Namun semangatnya semakin luntur apabila
mendapati anak-anak petani dan nelayan tidak berminat untuk menguasai Bahasa
Inggeris. Dia kagum dengan semangat Fuad mendidik anak-anal murid. Dia mendapat
semangat untuk berganding dengan Fuad untuk memajukan mata pelajaran Bahasa
Inggeris.
BAB
10 Fuad
dan Pak Said bertolak ke Lembah Klau pada pukul Sembilan pagi. Mereka menemui
Pak Ngah Lias. Fuad terharu apabila mendapat tahu daripada Pak Ngah Lias bahawa
namanya semasa kecil ialah Abd. Halim. Berdasarkan keterangan daripada Pak Ngah
Lias, ibunya tidak meninggal di situ. Ibunya telah dibawah oleh kakak angkatnya
Mariah ke Kampung Sedili. Fuad pergi ke Kampung Sedili bersama Pak Said dan Pak
Ngah Lias. Mariah tiada di kampung itu. Mereka berjaya menemui jiran terdekat
Mariah iaitu Pak Samsudin. Daripada keterangan Pak Samsudin, ibu Fuad, Mariana
tidak meninggal di situ. Kemungkinan Mariana masih hidup. Hanya anaknya telah
dibawa oleh Seman balik ke Lembah Klau. Mariah berpindah setelah seminggu
Mariana melahirkan anak. Pak Samsudin tidak mengetahui ke mana mereka pergi.
Kembali ke rumahnya di Sungai Ruan,
Fuad memberitahu bahawa ibunya masih hidup. Peter Lim menjelaskan bahawa Robert
Lim ada menyimpan gambar lama ibunya. Fuad mendail nombor apaknya di Kuala
Lumpur dan menyerahkan telefon kepada Peter Lim untuk berbincang. Robert Lim
meminta Fuad ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambar dan sebentuk cincin yang
dapat dijadikan petunjuk untuk mencari ibunya. Fuad enggan.
BAB
11 Cikgu
Abas marah apabila mendapati satu kelas bising semasa kelas lanjutan pada pukul
1.30. Dia mendapati guru yang bertanggungjawab pada masa itu ialah Cikgu
Zamani. Dia mendapati Cikgu Zamani sedang berbual di bilik guru perempuan.
Cikgu Abas bertambah marah. Dalam mesyuarat guru pada keesokan harinya Cikg
Abas dengan tegas dan marah telah membangkitkan soal ponteng kelas. Dia
menegaskantentang tanggungjawab guru dan amahan yang dipikul. Dia juga
mengungkit tentang rezeki yang tidak halal dengan gaji yang diterima sekiranya
guru ponteng kelas. Selepas mesyuarat sehingga pulang ke rumah, Fuad menilai
dirinya dalam menjalankan tugas.
BAB 12
Farhana menerima sekeping kad hari jadi daripada Fuad. Fuad mengajak Farhana
keluar makan pada petang itu. Farhana bersetuju. Mereka keluar bersiar-siar dan
makan pada petang itu. Fuad memberitahu Farhana bahawa Cikgu Zamani mengajaknya
ke rumah malam itu. Lewat petang Fuad membawa Farhana pulang ke rumah. Dia
memperkenalkan Farhana kepada Mak salmah dan Pak Mial. Mak Salmah kelihatan
gembira dan ceria bersama Farhana. Selepas solat Isyak, Duad menghantar
Farhana sebelum pergi ke rumah Cikgu Zamani.
BAB 13
Fuad mendengar bunyi higar di rumah Cikgu Zamani semasa dia sampai. Hanya
terdapat Cikgu Armin, Cikgu Azli dan Cikgu Rosli di rumah itu. Isteri Cikgu
Zamani, Cikgu Sakinah menjemput mereka makan. Dia melayan anak-anak di ruang
tamu. Fuad memberitahu bahawa dia membawa Farhana berjumpa dengan ibunya. Cikgu
Zamani menasihati Fuad agar mencari pasangan hidup yang baik. Fuad terkilan
dengan sikap Cikgu Zamani. Selepas makan mereka duduk di ruang tamu. Fuad
melihat buku-buku agama dan akhbar pembangkang di atas meja. Cikgu Zamani
mengajak Fuad untuk menyertai jemaahnya. Fuad melihat dasar yang kuat pada diri
Cikgu Zamani tetapi pelaksanaannya lemah. Fuad memberi berbagai alasan untuk
tidak bersetuju dengan ajakan Cikgu Zamani.
BAB 14
Robert Lim pulang ke rumah. Dia seorang diri. Dia teringatkan Mariana. Dia
melihat cincin perkahwinannya dengan Mariana. Dia menyesali kesilapannya yang
lalu. Chin mengajaknya keluar makan. Robert Lim meminta bantuan Chiin untuk pergi
berjumpa dengan Fuad. Pada hari yang lain mereka bertolak ke Terengganu. Mereka
sampai ke rumah Pak Mail pada pukul 9.20 malam. Robert Lim memberitahu Pak Mail
dan Mak Salmah bahawa kedatangannya berniat baik. Dia juga meminta maaf
daripada Pak Mail dan Mak Salmah atas kesalahannya atas kehilangan Sofia. Dia
memberitahu tentang cincin ibu Fuad yang dibawanya. Pak Mail memberitahu Robert
Lim bahawa Fuad ke Kuantan pada pukul empat petang tadi untuk menemui Farhana
dan melawat ibu Farhana yang dimasukkan ke hospital Kuantan. Robert Lim ingin
segera ke Kuantan. Pak Mail ikut bersama.
BAB 15
Peristiwa imbas kembali sebelum peristiwa yang berlaku pada bab 14. Perasaan
Fuad terganggu dengan pertengkaran yang berlaku antara Farhana dengan Cikgu
Zamani. Farhana meluahkan perasaan kepada Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas
dan ponteng kegiatan kokurikulum. Cikgu Zamani tidak bertanggungjawab. Dia
makan di rumah untuk menjaga hati Mak Salmah. Petang itu dia ke rumah Borhan
dengan perasaan gelisah. Dia meninggalkan rumah Borhan dengan tergesa-gesa.
Fuad menelefon Farhana. Panggilannya disambut oleh kawan Farhana yang
memberitahu bahawa Farhana pulangke Kuantan kerana ibunya dimasukkan ke
hospital. Fuad bertolak ke Kuantan pada pukul empat petang itu juga.
BAB 16 Fuad
tiba di hospital pada pukul enam petang. Dia menemui Farhana dan memaklumkan
ibunya semakin pulih. Farhana terharu dengan keprihatinan Fuad terhadapnya.
Selepas solat Maghrib Fuad pergi ke rumah Farhana untuk melihat adik-adik
Farhana. Dia kembali ke hospital menjelang pukul sebelas malam. Dia mendapati
Farhana sedang tidur. Dia berjanji pada diri bahawa dia akan meluahkan perasaan
apabila pulang dari hospital nanti. Fuad terkejut apabila melihat rakod rawatan
pesakit. Nama yang tertera adalah nama ibunya Mariana binti Osman. Fuad
mengajak Farhana turun ke bawah setelah Farhana terjaga dari tidur. Fuad
inginkan pengesahan daripada Farhana tentang nama ibu Farhana. Farhana
mengesahkan sebagaimana yang dilihat oleh Fuad. Fuad menjelaskan kedudukan sebenar
membuatkan Farhana terkejut. Farhana menangis. Fuad menenangkan keadaan
dan mencadangkan agar mereka menyiasat perkara itu.
Chin, Robert Lim dan Pak Mail sampai ke hospital dan menemui Fuad dan Farhana.
Fuad memeluk apaknya. Robert Lim menunjukkan cincin yang dibawanya kepada Fuad.
Robert Lim terkejut dengan penjelasan yang diberikan oleh Fuad. Dia
mencadangkan agar mereka naik ke atas supaya dia dapat buat pengecaman. Apabila
ditanya oleh Robert Lim, Farhana mengakui bahawa dia mempunyai seorang emak
saudara yang bernama Mariah. Farhana terus menangis. Apabila sampai di atas,
Robert Lim meminta Farhana dan Fuad masuk terlebih dahulu untuk memastikan
Mariana sedang tidur. Setelah Robert Lim masuk, dia menggeletar dan terduduk.
Fuad memahami keadaan sebenar dan memanggil emak kepada Mariana. Fuad menangis.
Doanya selama ini termakbul. Dia menemui ibu dan seorang adik yang dapat
menggantikan Sofia.
BAB
17 Fuad
dan Farhana berpakat untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu
mereka untuk sementara. Fuad menguruskan semuanya membuatkan Mariana berharap
Fuaad akan menjadi menantunya. Fuad dan Farhana pulang ke Kuala Terengganu.
Mereka terus berjumpa dengan Cikgu Abas dan menjelaskan kedudukan sebenar.
Cikgu Abas terkejut. Mereka mahu Cikgu Abas memaklumkan kepada semua guru agar
tidak mendatangkan fitnah. Fuad menerima kiriman berupa sampul besar daripada
Bahagian Pendidikan Guru. Fuad gembira tetapi merahsiakannya daripada Farhana.
Mereka juga mengetahui bahawa Cingu Zamani akan bertukar pada tahun hadapan.
Fuad cuba menggembirakan Farhana dan belajar menerima hakikat bahawa mereka
bersaudara. Fuad memberitahu bahawa dia akan mengikuti kursus perguruan di MPIK
sebulan lagi.
BAB 18
Peristiwa imbas kembali. Mariana mengikut Mariah pulang ke kampung Husin di
Bentung setelah sepuluh hari melahirkan anak. Tujuannya adalah untuk
menyelamatkan Mariana yang gila meroyan. Mariana pulih kemudiannya dan menyesal
kerana asyik menangis menangis selepas melahirkan anak sehingga dia kehilangan
Abd. Halim. Mariah menyerahkan Abd. Halim kepada ayahnya. Dia hari selepas Abd.
Halim dilarikan, ayahnya meniggal akibat dipatuk ular. Mariana bertemu jodoh
dengan Fakhrudin. Mereka kemudiannya berpindah ke Kuantan dan mendapat lima orang
anak. Mariana percaya Abd. Halim dibawa oleh keluarga Roslan ke Sungai Ruan.
Ketegangan kaum yang masih membahang pada masa itu menyukarkan Mariana
menjejaki Abd. Halim.
BAB 19
Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Mail mengerjakan umrah. Ketika di KLIA,
Mariana berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adik dengan baik. Robert Lim
datang. Fuad menjelaskan kepada ibunya bahawa dialah yang memberitahu apaknya
tentang keberangkatannya untuk menunaikan umrah. Robert Lim berpesan supaya
penjaga ibunya dengan baik. Dia akan menyusul kemudian. Robert Lim menarik Fuad
ke dalam pelukan.
__________________________________________________________________________________
TEMA
Novel Kembara
Amira bertemakan kemasyarakatan iaitu kehidupan soerang mualaf yang menjadi
mangsa perpecahan keluarga. Segalanya bermula daripada sikap dan tindakan
Robert Lim yang telah berkahwin dengan Mariana. Dia telah memeluk agama Islam
semata-mata untuk berkahwin. Robert Lim tidak menunjukkan bahawa dia sebagai
penganut agama Islam yang sebenar. Akibat daripada desakan keluarga dia telah
meninggalkan Mariana yang sedang mengandung. Robert Lim telah berkahwin dengan
perempuan lain dan kembali kepada agama asal.
Mariana yang
terlalu tertekan telah menjadi gila meroyan setelah melahrkan anak yang diberi
nama Abd. Halim. Dia ingin mencekik anaknya menyebabkan anak itu terpaksa
dijaga oleh ayahnya. Hanya beberapa hari sahaja bersama ayahnya, Abd. Halim
telah dilarikan oleh keluarga Robert Lim. Dia dibesarkan oleh bapa saudaranya Peter
Lim dan dinamakan sebagai Joshua. Semasa itu dia telah bertanggungjawab
melarikan Sofia yang tinggal bersama Mak Salmah dan Pak Mail. Dia telah
menyedari keadaan sebenar dan telah menyedari bahawa Sofia adalah adiknya. Dia
telah dihantui rasa bersalah dan telah meninggalkan keluarga mereka. Dia
kembali kepada ajaran Islam dan menggunakan nama Fuad. Dia tinggal bersama
keluarga angkatnya yang juga keluarga angkat Sofia iatu Mak Salmah dan Pak
Mail. Selain daripada itu dia juga ingin menebus rasa bersalah terhadap
kehilangan Sofia daripada jagaan Mak Salmah dan Pak Mail.
Fuad berasa amat
marah kepada bapanya. Selama beberapa tahun berada di rumah Pak Mail dan Mak
Salmah, dia tidak ingin mendengar khabar dan berjumpa dengan bapanya. Dia tidak
dapat menerima perbuatan bapanya sehingga menyebabkan dia kehilangan ibu dan
Sofia. Dia ingin menjejaki kubur ibunya. Perkenalannya dengan Farhana telah
memberi jalan kepadanya untuk menemui ibu yang selama ini dicari dan
dirinduinya selain daripada mengetahui bahawa Farhana adalah adiknya. Setelah
berjumpa dengan ibu kandungnya, barulah fikiran dan perasaannya dapat menerima
bapanya Robert Lim.
PERSOALAN
Antara persoalan
yang diselitkan oleh penulis adalah persoalan pegangan agama dalam
masyarakat hari ini. Fuad yang merupakan seorang mualaf digambarkan
mempunyai pegangan agama Islam yang kuat selain daripada Pak Mail. Fuad
suka sembahyang berjemaah di surau. Kalau tidak dia akan berjemaah di rumah.
Dia lebih memahami tentang agama Islam berbanding dengan Farhana dan Cikgu
Zamani. Fuad menghabiskan ayam goreng yang berada dalam pinggan Farhana semasa
mereka makan dalam perjalanan ke Kuantan. Semasa di rumah Cikgu Zamani, dia
melihat Cikgu Zamani lebih cenderung kepada pembangkang. Namun dia melihat
dasar yang kuat pada diri Cikgu Zamani tetapi pelaksanaannya lemah.
Penilaian itu menyebabkan Fuad memberi berbagai alasan untuk tidak bersetuju
dengan ajakan Cikgu Zamani supaya Fuad menyertai jemaah mereka. Fuad berani
menyentuh Farhana setelah dia yakin bahawa Farhana adalah mahramnya iaitu
adiknya ketika berada di hospital.
Selain daripada
itu, novel ini juga menggarapkan persoalan penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar luar bandar. Cikgu Abas telah datang ke rumah Pak Mail
untuk mencari Fuad. Cikgu Abas meminta Fuad menjadi guru di sekolah tempat dia
mengajar. Cikgu Abas tahu Fuad berkebolehan dalam Bahasa Inggeris. Dia meminta
Fuad mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah. Dia telah menjelaskan bahawa
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolahnya agak lemah. Oleh
itu dia perlu mendapatkan seorang guru yang baik untuk mereka. Ketiga mengajar,
Fuad perlu menggunakan perlbagai pendekatan untuk mengejar pelajar yang
berlainan tahap penguasaan termasuk yang lemah. Begitu juga dengan Farhana. Dia
pulang dari London dengan harapan yang tinggi untuk mendidik anak-anak
muridnya. Namun semangatnya semakin luntur apabila mendapati anak-anak petani
dan nelayan tidak berminat untuk menguasai Bahasa Inggeris.
Persoalan lain
yang tidak kurang penting dalam novel Melunas Rindu ialah persoalan peranan
dan tanggungjawab guru terhadap tugas dan pelajar. Peroslan ini jelas
digambarkan oleh pengarang melalui watak Cikgu Zamani. Dia suka ponteng kelas.
Dia juga suka ponteng kegiatan kokurikulum pada waktu petang walaupun hanya
seminggu sekali. Sikap itu telah ada dalam perhatian Cikgu Abas selaku guru
penolong kanan di sekolah itu. Namun Cikgu Abas memendamkan hal itu
memandangkan Cikgu Zamani adalah cikgu lama dan sikapnya yang tidak boleh
ditegur. Namun kemarahannya menuncak apabila mendapati kelas Cikgu Zamani
semasa kelas lanjutan pada petang itu dalam keadaan bising. Cikgu Zamani tidak
ada dalam kelas. Dalam mesyuarat guru pada keesokan harinya Cikgu Abas dengan
getas dan marah memberi amaran bahawa tugas dan tanggungjawab guru adalah
amanah. Gaji yang diterima tidak halal sekiranya guru tidak menunaikan
tanggungjawab tersebut.
Pengarang
juga mengungkapkan persoalan kasih sayang antara ahli keluarga.
Persoalan ini digambarkan pada beberapa watak dalam novel. Mak Salmah begitu
sayangkan Sofia walaupun Sofia hanya merupakan anak angkatnya. Selepas Sofia
dirampas daripadanya sehingga menyebabkan Sofia meninggal, perasaan Mak Salmah
muram. Walaupun Fuad sebagai abangnya cuba untuk menebus kesalahan, namun
Mak Salmah tidak mudah untuk memaafkan Fuad yang bertanggungjawab melarikan
Sofia. Setelah menyeradi kesilapannya, Robert Lim amat mengharapkan agar Fuad
dapat menerimanya. Dia dapat menerima Fuad sebagai seorang Islam. Dia telah
menari Fuad setelah Fuad tidak dapat memenuinya. Dia membawa cincin perkahwinan
dengan ibu Fuad supaya Fuad mempunyai petunjuk untuk mencari ibunya. Fuad juga
sayang akan keluarga angkatnya yang juga bapa saudara yang telah membesarkannya
iaitu Peter Lim. Dia telah melawat Peter Lim di Sungai Ruan setelah perasaannya
tenang. Selain daripada itu, Fuad sayang kepada Sofia dan Farhana sebagai
adik-adiknya.
Watak Fuad dan
Farhana dalam novel ini menggambarkan persoalan tanggungjawab terhadap ibu
bapa dan ahli keluarga. Fuad yang telah beberapa tahun tinggal di rumah Pak
Mail dan Mak Salmah telah menunaikan tanggungjawab yang baik sebagai anak
angkat. Selain daripada bertujuan untuk menebus kesalahannya, dia juga
melakukan sesuatu dengan ikhlas. Dia telah membelikan sebuah motosikal kepada
Pak Mail agar senang Pak Mail dan Mak Salmah untuk ke sesuatu tempat. Dia telah
membelikan sebidang tanah kepada Pak Mail untuk bercucuk tanam. Fuad juga telah
melawat apaknya di Sugai Ruan. Fuad telah meringankan bedan Peter Lim dengan
menangung belanja persekolahan adik-adik sepupunya sehingga ke peringkat
tertinggi. Farhana juga selalu pulang ke Kuantan untuk melawat ibunya. Sebagai
anak sulung, dia bertanggungjawab untuk menangung perbelanjaan harian ibunya
Mariana dan adik-adiknya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan sebahagian
tanggungjawab itu terletakdi atas bahu Farhana. Dia terus pulang ke Kuantan
setelah mendapat tahu ibunya dimasukkan ke hospital.
******** 2
WATAK DAN
PERWATAKAN
A)
FUAD
Semasa kecil atau
baru dilahirkan dia diberi nama Abd. Halim oleh datuknya. Fuad adalah anak
kepada Mariana. Duad dilarikan oleh keluarga Robert Lim setelah beberapa hari
tinggal bersama datuknya di Lembah Klau. Dia dijaga dan dibesarkan oleh bapa
saudaranya Peter Lim. Namanya bertukar kepada Joshua. Dia bertanggungjawab
melarikan adiknya Sofia daripada jagaan Pak Mail dan Mak Salmah hingga
menyebabkan Sofia meninggal. Dia menyedari akan keadaan keluarganya yang
sebenar dan dirinya menyebabkan dia kembali kepada agama Islam. Dia amat marah
kepada bapanya sendiri iaitu Robert Lim. Dia tinggal di rumah Pak Mail dan Mak
Salmah sebagai anak angkat. Dia menggunakan nama Fuad. Dia diminta menjadi guru
di sekolah Sofia dahulu dan berkenakan dengan Farhana. Daripada perkenalan itu
dia berjaya menemui ibunya yang docari selama ini iaitu Mariana yang juga
merupakan ibu kepada Farhana. Setelah bertemu dengan ibu kandungnya barulah
Fuad dapat memaafkan bapanya.
Antara perwatakan
Fuad ialah dia merupakan seorang penganut agama Islam yang taat dan rajin
belajar ilmu agama. Fuad berasa tenang setelah kembali kepada ajaran
Islam dan hidup bersama Pak Mail dan Mak Salmah. Pak Mail banyak mengajarnya
tentang agama Islam sehinga dia dapat menghayati ajaran agama Islam dengan baik.
Fuad suka sembahyang berjemaah. Dia selalu berjemaah di surau di kampung
tersebut bersama Pak Mail dan orang kampung yang lain. Pada bahagian awal novel
ini digambarkan Fuad belajar membaca al-Quran dengan Pak Mail di surau selepas
sembahyang Maghrib. Fuad arif tentang rezeki dan pembaziran apabila dia
mengambil dan memakan ayam goreng yang tidak dihabiskan oleh Farhana semasa
mereka makan dalam perjalanan ke Kuantan. Fuad juga menjaga tingkah lakunya
dengan perempuan. Dia hanya menyentuh Farhana setelah dia yakin bahawa Farhana
adalah adiknya semasa mereka berada di hospital.
Fuad juga
merupakan seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga.
Ketika tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah sebagai anak angkat, Fuad tetap
memunaikan tanggungjawabnya sebagaimana ibu bapa sendiri. Dia telah
membelikansebuah motosikal kepada Pak Mail agar Pak mail dan Mak Salmah dapat
ke sesuatu tempat dengan mudah. Fuad juga membelikan sebidang tanah dan
menamakan Pak Mail sebagai pemilik tanah tersebut. Fuad selalu memberikan
keperluan dapur semasa pulang dari sekolah. Selain daripada itu Fuad juga
menunaikan tanggungjawabnya kepada apaknya yang berada di Sungai Ruan iaitu
Peter Lim. Walaupun Peter Lim merupakan bapa saudaranya tetapi Fuan menganggapnya
sebagai ibu bapa kerana Peter Lim telah membesarkannya. Dia melawat Peter Lim
yang sedang sakit dan menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh dan menangunggung
belanja persekolah adik-adik sepupunya.
Penulis juga
menggambarkan Fuad sebagai seorang yang gigih dalam berusaha dan tidak mudah
putus asa. Sifat ini dapat diperhatikan selama beberapa tahun dia tinggal
bersama Pak Mail dan Mak Salmah. Dia tahu Mak Salmah sukar untuk menerimanya
sebagai anak angkat kerana Fuad sendiri bertanggungjawab atas kehilangan Sofia.
Namun dia tidak berputus asa untuk memenangi hati Mak Salmah. Dia tidak marah
atau kecewa walaupun Mak Salmah tidak begitu melayanynya selama bertahun-tahun
dia tinggal di rumah itu. Dia melakukan apa yangtermampu untuk memujuk perasaan
Mak Salmah. Sebagai guru, Fuad juga gigih dalam mendidik pelajarnya. Dia
mengajar dalam kelas secara individu agar dia dapat mengetahui kelemahan setiap
pelajarnya. Selain daripada itu dia mengajar kelas lanjutan yang bermula pada
pukul 1.15 tengahari. Kegigihan mencari ibu kandung juga membuahkan hasil. Dia
berusaha mengesan ibunya dan berjaya menemuinya ketika berada di holpital.
Ibunya ialah Mariana yang juga ibu kepada Farhana.
Perwatakan lain
yang terdapat pada diri Fuad ialah suka menolong orang lain. Dia telah
menolong Borhan dengan mengeluarkan wangnya untuk menampung perbelanjaan
perkahwinan Borhan. Semasa dia melawat Borhan pada malam itu, anak Borhan
demam. Dia telah mendapatkan kereta dan membawa Borhan, isteri dan anaknya ke
klinik untuk mendapatkan rawatan. Fuad juga kerap menolong Farhana. Dia telah
menumpangkan Farhana dari Kuala Terengganu ke kampung Farhana di Kuantan
apabila dia mendapati Farhana tidak mendapat tiket bas. Semasa Farhana menunggu
ibunya Mariana yang sakit di hospital, Fuad menolong Farhana pergi ke rumah
Farhana untuk melihat adik-adik Farhana. Fuad kembali ke hospital pada pukul
sebelas malam.
B)
FARHANA
Dia merupakan
anak kepada Mariana yang juga ibu kandung kepada Fuad. Farhana ialah adik
beradik seibu dnegan Fuad. Ayahnya Fakhrudin telah meninggal dunia. Dia
mempunyai empat orang adik. Merupakan seorang guru ketua panitia Bahasa
Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia iaitu sekolah yang sama dengan Fuad.
Dari segi
perwatakan, Farhana digambarkan sebagai seorang yang periang. Sifat itu
disedari oleh Fuad sendiri bermula pada peringkat awal perkenalan mereka lagi.
Fuad melihat Farhana sebagai seorang guru yang tidak mempunyai masalah. Dia
mudah ketawa apabila diusik oleh Fuad. Sebagai seorang yang periang, dia suka
bergurau. Farhana kerap bergurau dengan Fuad ketika mereka berbual di bilik
guru perempuan terutamanya ketika Fuad memberitahu bahawa dialah yang memerikan
kad hari jadi kepada Farhana. Farhana juga bergurau dengan Fuad semasa mereka
keluar dan makan pada petang tersebut.
Farhana juga
digambarkan seorang yang tegas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
sebagai guru. Dia ingin mencari Cikgu Zamani apabila seorang pelajar mengadu
kepadanya bahawa guru tidak masuk ke kelas semasa program ‘Jawab untuk Jaya’
yang diadakan dalam kelas masing-masing. Apabila menemui Cikgu Zamani Farhana
memaklumkan perkara tersebut kepada Cikgu Zamani. Cikgu Zamani sebaliknya
berkasar dengan Farhana menyebabkan Farhana mengungkit pula tentang perjumpaan
PBSMi Sabtu. Cikgu Zamani tidak datang sedangkan Farhana terlihatnya di
Hock Kee Seng. Farhana mengungkitkan soal tanggungjawab kepada Cikgu Zamani.
Satu sifat
negatif yang terdapat pada diri Farhana ialah dia kurang menghayati ajaran
agama Islam. Dia terpegun apabila Fuad menghormati azan Zohor yang
dilaungkan dan kemudiannya berdoa selepas azan sedangkan dia tidak berbuat
demikian. Farhana juga kagum dengan Fuad yang amat menjaga solatnya sedangkan
dia sendiri mengaku bahawa dia banyak meninggalkan solat. Solat yang sering
ditinggalkan ialah solat Subuh kerana dia suka bangun lewat terutamanya pada
hari-hari cuti. Semasa makan dalam perjalanan ke Kuantan, Farhana terpegun
apabila Fuad tiba-tiba mengambil ayam goreng di dalam pinggannya. Fuad memberitahunya
tentang rezeki dan pembaziran. Farhana merasakan dirinya banyak kekurangan
dalam penghayatan agama Islam berbanding dengan Fuad.
C)
PAK MAIL
Pak Mail ialah
suami kepada Mak Salmah. Bapa angkat kepada Fuad. Dia tidak mempunyai anak.
Dari segi perwatakan, Pak Mail digambarkan sebagai seorang yang berilmu dan
taat kepada perintah agama. Fuad telah kembali kepada ajaran Islam dan
tinggal di rumah Pak Mail sebagai anak angkat setelah kehilangan Sofia. Pak
Mail yang bertanggungjawab membimbing, memberikan ilmu agama dan keyakinan
kepada Fuad. Pada bahagian awal novel ini digambarkan Fuad belajar membaca
al-Quran di surau selepas solat Maghrib. Fuad meminta Pak Mail mendengar dan
menegur bacaannya. Selain daripada itu Pak Mail juga sentiasa solah berjemaah
di surau.
Pak Mail juga
merupakan seorang yang bertanggungjawab. Tanggungjawab besar yang telah
dilaksanakannya ialah memberikan pendidikan agama kepada Fuad yang memeluk
agama Islam dan tinggal di rumahnya. Sebagai seorang yang paling dekat dengan
Fuad dan sebagai seorang penganut agama Islam, Pak Mail menunaikan
tanggungjawab tersebut dengan baik sehinggakan Fuad dapat menghayati ajaran
agama Islam dengan baik. Pak Mail juga bertanggungjawab terhadap isterinya. Pak
Mail menjaga Mak Salmah dengan baik ketika Mak Salmah sakit akibat daripada
tekanan perasaan kerana kehilangan Sofia.
Pengarang juga
menggambarkan Pak Mail sebagai seorang yang rasional dan tidak berdendam.
Mak Salmah yang sukar untuk menerima Fuad kerana Fuad bertanggungjawab atas kehilangan
Sofia. Namun Pak Mail sebaliknya berfikiran terbuka dan menerima Fuad
yang datang ke rumahnya selepas ketiadaan Sofia. Lebih daripada itu Pak Mail
telah membela Fuad daripada cercaan masyarakat kampung. Pak Mail juga tidak
berdendam dengan Robert Lim yang bertanggungjawab merancang agar Sofia diambil
daripada Pak Mail dan Mak Salmah. Ketika Robert Lim datang ke rumahnya untuk
mecari Fuad, Pak Mail menerima kedatangan Robert Lim dengan baik dan menerima
permohonan maaf daripada Robert Lim.
********* 3
PLOT
Secara umumnya
plot novel Melunas Rindu merupakan plot yang agak kompleks kerana ia tidak
mengikut kronologi atau urutan peristiwa. Pengarang menggunakan teknik
imbas kembali untuk menceritakan peristiwa yang lalu pada bab 18. Bab ini menceritakan
kembali bagaimana Mariana kehilangan Abd. Halim dan kemudiannya berkahwin
dengan Fakhrudin sehingga berpindah dan menetap di Kuantan.
Pada peringkat
permulaan plot novel ini, pengarang telah memperkenalkan tiga watak
iaitu fuad yang merupakan watak utama dalam novel dan juga watak Pak Mail serta
Mak Salmah sebagai ibu bapa angkat kepada Fuad. Berdasarkan imbas kembali dalam
beberapa bab yang awal, pembaca mengetahui bahawa Fuad sudah berada di rumah
Pak Mail sejak beberapa tahun yang lepas. Dia datang ke situ setelah menyedari
keadaan dirinya dan setelah dia rasa bersalah atas kehilangan Sofia dari rumah
Pak Mail. Fuad menjadi anak angkat Pak Mail dan Mak Salmah. Fuad telah
melakukan apa sahaja yang termampu untuk menebus kesalahannya termasuklah
membeli sebidang tanah dan menamakan Pak Mail sebagai pemiliknya.
Plot segera
beralih ke peringkat perkembangan apabila Cikgu Abas datang menemui Fuad
dan memaklumkan bahawa dia ingin meminta bantuan Fuad untuk mengajar pelajarnya
mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad bersetuju dan telah melaporkan diri di
sekolah tersebut. Di sekolah itu dia telah berkenalan dengan Farhana selaku
ketua panitia Bahasa Inggeris. Sikap Cikgu Zamani di sekolah itu telah
menimbulkan konflik dengan Farhana. Perkenalan yang sekian lama telah
membuahkan perasaan cinta antara satu sama lain. Namun mereka tidak pernah
meluahkannya. Konflik pada diri Fuad bermula apabila Chin datang ke sekolah untuk
menemuinya. Chin menasihati agar Fuad melawat apaknya di Kuala Lumpur.
Apaknya ingin sangat bertemu dengan Fuad. Namun Fuad begitu keberatan walaupun
apaknya itu merupakan bapa kandungnya. Chin juga menasihati Fuad agar melawat
apak di Sungai Ruan yang merupakan bapa saudara yang telah membesarkannya sejak
kecil. Fuad teringat akan ibunya. Selama ini fikirannya telah dipengaruhi oleh
apaknya menyebabkan dia memutuskan hubungan dengan keluarga ibunya. Dia ingin
menjejak kubur ibu kandungnya kerana dia mengetahui ibu kandungnya telah
meninggal.
Dia ingin ke
Lembah Klau untuk tujuan tersebut. Dalam perjalanan dia telah menumpangkan
Farhana dan singgap di rumah Farhana di Kuantan. Dia sempat berkenalan dengan
Mariana, ibu Farhana. Kemudian dia ke rumah bapa saudara yang menjaga dan
membesarkannya sebelum dia tinggal di rumah Pak Mail. Mereka menemui Pak Ngah
Lias. Fuad terharu apabila mendapat tahu daripada Pak Ngah Lias bahawa namanya
semasa kecil ialah Abd. Halim. Berdasarkan keterangan daripada Pak Ngah Lias,
ibunya tidak meninggal di situ. Ibunya telah dibawah oleh kakak angkatnya
Mariah ke Kampung Sedili. Fuad pergi ke Kampung Sedili bersama Pak Said dan Pak
Ngah Lias. Mariah tiada di kampung itu. Mereka berjaya menemui jiran terdekat
Mariah iaitu Pak Samsudin. Daripada keterangan Pak Samsudin, ibu Fuad, Mariana
tidak meninggal di situ. Kemungkinan Mariana masih hidup. Hanya anaknya telah
dibawa oleh Seman balik ke Lembah Klau. Mariah berpindah setelah seminggu
Mariana melahirkan anak. Pak Samsudin tidak mengetahui ke mana mereka pergi.
Fuad ingin menjejaki ibunya. Dia meminta pertolongan Peter Lim agar menghubungi
bapanya Robert Lim untuk mendapatkan gambar ibunya. Dia akan jadikan gambar itu
sebagai petunjuk untuk mencari ibunya. Namun Fuad masih tidak dapat berhadapan
dengan bapanya Robert Lim.
Plot novel ini
menuju ke peringkat kemuncak atau klimaks apabila tiba-tiba sahaja
Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya sakit dan dimasukkan ke hospital.
Fuad yang sangat prihatin terhadap Farhana segera bertolak ke Kuantan pada
petang yang sama. Fuad terkejut apabila melihat rakod rawatan pesakit. Nama
yang tertera adalah nama ibunya Mariana binti Osman. Fuad mengajak
Farhana turun ke bawah setelah Farhana terjaga dari tidur. Fuad inginkan
pengesahan daripada Farhana tentang nama ibu Farhana. Farhana mengesahkan
sebagaimana yang dilihat oleh Fuad. Fuad menjelaskan kedudukan sebenar
membuatkan Farhana terkejut. Farhana menangis. Fuad menenangkan keadaan
dan mencadangkan agar mereka menyiasat perkara itu.
Chin, Robert Lim
dan Pak Mail sampai ke hospital dan menemui Fuad dan Farhana. Fuad memeluk
apaknya. Robert Lim menunjukkan cincin yang dibawanya kepada Fuad. Robert Lim
terkejut dengan penjelasan yang diberikan oleh Fuad. Dia mencadangkan agar
mereka naik ke atas supaya dia dapat buat pengecaman. Apabila ditanya oleh
Robert Lim, Farhana mengakui bahawa dia mempunyai seorang emak saudara yang
bernama Mariah. Farhana terus menangis. Apabila sampai di atas, Robert Lim
meminta Farhana dan Fuad masuk terlebih dahulu untuk memastikan Mariana sedang
tidur. Setelah Robert Lim masuk, dia menggeletar dan terduduk. Fuad memahami
keadaan sebenar dan memanggil emak kepada Mariana. Fuad menangis.
Peringkat anti
klimaks plot novel ini
bermula apabila Farhana dan Fuad dapat menenteramkan perasaan dan menerima
kenyataan. Fuad dan Farhana berpakat untuk merahsiakan perkara itu daripada
pengetahuan ibu mereka untuk sementara. Fuad dan Farhana pulang ke Kuala
Terengganu. Mereka terus berjumpa dengan Cikgu Abas dan menjelaskan kedudukan
sebenar. Mereka mahu Cikgu Abas memaklumkan kepada semua guru agar tidak
mendatangkan fitnah. Fuad menerima kiriman berupa sampul besar daripada
Bahagian Pendidikan Guru. Dia akan mengikuti kursus perguruan di MPIK sebulan
lagi. Mereka juga mengetahui bahawa Cingu Zamani akan bertukar pada tahun
hadapan. Fuad cuba menggembirakan Farhana dan belajar menerima hakikat bahawa
mereka bersaudara. Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Mail mengerjakan
umrah. Ketika di KLIA, Robert Lim datang. Fuad menjelaskan kepada ibunya bahawa
dialah yang memberitahu apaknya tentang keberangkatannya untuk menunaikan
umrah. Robert Lim berpesan supaya penjaga ibunya dengan baik. Dia akan menyusul
kemudian. Robert Lim menarik Fuad ke dalam pelukan.
********* 4
LATAR
A) LATAR TEMPAT
Secara umumnya
cerita dalam novel ini berpusat di rumah Pak Mail di Danau Seberang,
Terengganu. Tempat ini merupakan tempat tinggal Pak Mail dan Mak Salmah. Adik
Fuad iaitu Sofia pernah tinggal di tempat ini bersama Pak Mail dan Mak Salmah
sebagai anak angkat. Fuad telah membeli sebidang tanah untuk bercucuk tanam.
Cikgu abas datang menemui Fuad meminta Fuad mengajar di sekolahnya sebagai guru
mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad membawa Farhana pulang ke rumah untuk
diperkenalkan kepada Pak Mail dan Mak Salmah. Chin datang menemui Fuad di
sekolah dan memaklumkan tentang keadaan apaknya di Kuala Lumpur. Pada bahagian
akhir cerita, bapa Fuad iaitu Robert Lim telah datang ke rumah Pak Mail untuk
menemui Fuad. Robert Lim juga meminta maaf atas apa yang telah dilakukan dahulu
sehingga Sofia meninggal.
Peristiwa penting
juga berlaku di Sungai Ruan. Di situ Fuad telah melawat apaknya Peter
Lim yang merupakan bapa saudara yang telah menjaga dan membesarkannya. Peter
Lim sedang sakit dan kehidupan mereka agak sukar. Kedatangan Fuad yang sekian
lama meninggalkan keluarga itu telah memberi sinar. Peter Lim semakin sihat
apabila melihat Fuad. Fuad menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh dan berjanji
akan menanggung kos persekolahan adik-adik sepupunya. Dari situ Fuad pergi ke
lembah Klau untuk menjejak kubur ibu kandungnya. Fuad singgat sekali lagi di
Sungai Ruan setelah menjejaki kubur ibunya dan mendapati ibunya masih hidup.
Dia meminta Peter Lim menghubungi bapanya Robert Lim untuk mendapatkan gambar ibunya
dan sebentuk cincin. Fuad masih enggan menemui bapanya.
Novel ini juga
menggambarkan sedikit latar tempat Lembah Klau dan Kampung Sedili. Fuad
bersama Pak Said datang ke Lembah Klau untuk menjejaki kubur ibu kandungnya.
Mereka menemui Pak Ngah Lias. Fuad terharu apabila mendapat tahu daripada Pak
Ngah Lias bahawa namanya semasa kecil ialah Abd. Halim. Berdasarkan keterangan
daripada Pak Ngah Lias, ibunya tidak meninggal di situ. Ibunya telah dibawah
oleh kakak angkatnya Mariah ke Kampung Sedili. Fuad pergi ke Kampung Sedili
bersama Pak Said dan Pak Ngah Lias. Mariah tiada di kampung itu. Mereka berjaya
menemui jiran terdekat Mariah iaitu Pak Samsudin. Daripada keterangan Pak
Samsudin, ibu Fuad, Mariana tidak meninggal di situ. Kemungkinan Mariana masih
hidup. Hanya anaknya telah dibawa oleh Seman balik ke Lembah Klau. Mariah
berpindah setelah seminggu Mariana melahirkan anak. Pak Samsudin tidak
mengetahui ke mana mereka pergi.
Satu lagi latar
tempat yang penting dalam novel ini ialah Kuantan. Ini adalah tempat
berlakunya peristiwa penting yang menjadi puncak plot. Dalam perjalanan ke
Sungai Ruan, Fuad telah menumpangkan Farhana yang ketiadaan tiket bas ekspres.
Dia singgah di rumah Farhana di Kuantan dan berkenalan dengan Mariana, ibu
Farhana. Sekali lagi Fuad datang ke Kuantan apabila mengetahui Farhana pulang
dan ibu Farhana dimasukkan ke hospital. Di hospital Fuad terkejut apabila
mendapati nama ibu Farhana sama dengan nama ibu kandungnya. Fuad inginkan
pengesahan daripada Farhana tentang nama ibu Farhana. Farhana mengesahkan
sebagaimana yang dilihat oleh Fuad. Fuad menjelaskan kedudukan sebenar
membuatkan Farhana terkejut. Farhana menangis. Chin, Robert Lim dan Pak
Mail sampai ke hospital. Robert Lim terkejut dengan penjelasan yang diberikan
oleh Fuad. Apabila ditanya oleh Robert Lim, Farhana mengakui bahawa dia
mempunyai seorang emak saudara yang bernama Mariah. Setelah Robert Lim masuk ke
dalam bilik, dia menggeletar dan terduduk. Fuad memahami keadaan sebenar dan
memanggil emak kepada Mariana. Fuad menangis.
B) LATAR MASA
Terdapat dua
latar zaman yang jelas dalam novel. Jika diperhatikan mengikut urutan
masa, pembaca dapat mengesan latar akhir tahun 1960-an pada bab 18.
Bab ini merupakan imbas kembali oleh pengarang untuk menceritakan tentang
peristiwa yang dilalui oleh Mariana selepas melahirkan anak iaitu Abd. Halim.
Peristiwa itu tidak diketahui oleh watak lain yang ditemui oleh Fuad sama ada
Pak Ngah Lias Lembah Klau atau Pak Shamsudin di Kampung Sedili. Mariana
sebenarnya mengikut Mariah pulang ke kampung Husin di Bentung setelah sepuluh
hari melahirkan anak. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan Mariana yang gila
meroyan. Mariana pulih kemudiannya dan menyesal kerana asyik menangis menangis
selepas melahirkan anak sehingga dia kehilangan Abd. Halim. Mariah menyerahkan
Abd. Halim kepada ayah Mariana. Dua hari selepas Abd. Halim dilarikan, ayah
Mariana meninggal akibat dipatuk ular. Mariana bertemu jodoh dengan Fakhrudin.
Mereka kemudiannya berpindah ke Kuantan dan mendapat lima orang anak. Mariana
percaya Abd. Halim dibawa oleh keluarga Roslan ke Sungai Ruan. Ketegangan kaum
yang masih membahang pada masa itu menyukarkan Mariana menjejaki Abd. Halim.
Manakala
sebahagian besar peristiwa dalam novel berlaku pada tahun 1990-an iaitu
setelah Fuad berumur 27 tahun. Pengarang menceritakan tentang peristiwa
yang berlaku setelah Fuad dewasa dan menyedari keadaan sebenar tentang
kehidupannya. Keadaan itu menyebabkan dia meninggalkan keluarganya itu keluarga
Robert Lim dan keluarga Peter Lim dan tinggal bersama Pak Mail dan Mak Salmah.
Sukar baginya untuk memaafkan bapanya sendiri iaitu Robert Lim atas apa yang
berlaku pada dirinya dan Sofia. Perkenalannya dengan Farhana merupakan satu
hikmah. Dia dapat bertemu dengan ibu kandungnya yang dicari sebelum itu. Dia
mendapat tahu bahawa ibunya masih hidup setelah pergi ke Lembah Klau dan
Kampung Sedili. Robert Lim menyedari kesilapannya dan datang ke rumah Pak Mail
untuk mencari Fuad. Dia juga meminta maaf daripada Pak Mail atas segala
peristiwa yang berlaku sebelum itu. Fuad juga dapat menerima bapanya Robert Lim
setelah menemui ibu kandungnya.
Selain daripada
latar zaman, terdapat juga latar waktu yang menarik dalam novel ini iaitu latar
waktu malam. Fuad membaca al-Quran di hadapan Pak Mail selepas sementara
menunggu waktu Isyak di surau. Robert datang ke rumah Pak Mail juga pada waktu
malam iaitu sekitar pukul 9.20 malam untuk menemui Fuad. Oleh kerana Fuad
berada di Kuantan, Robert Lim terus bertolak ke Kuantan pada malam itu juga.
Pak Mail ikut bersama. Peristiwa yang menjadi kemuncak plot novel ini juga
berlaku pada waktu malam di hospital Tengku Ampuan Afzan. Fuad mengetahui nama
ibu Farhana daripada rekod rawatan. Segala kekusutan terbongkar apabila Farhana
mengesahkan pertanyaan Fuad dan Robert Lim yang datang kemudiannya. Fuad
menemui ibu kandungnya apabila bapanya Robert Lim mengesahkan bahawa Mariana
adalah bekas isterinya.
Terdapat beberapa
peristiwa berlaku pada waktu pagi. Fuad memandu untuk ke Sekolah
Menengah Seri Setia pada waktu pagi. Dia tiba di sekolah itu tiga minit sebelum
pukul tujuh pagi. Dia melaporkan diri kepada Cikgu Abas yang datang ke rumahnya
sebelum itu. Fuad bertolak ke Lembah Klau juga pada waktu pagi iaitu sekitar
pukul Sembilan. Fuad dan Farhana bertolak dari Kuantan pada waktu awal pagi
setelah ibu mereka dibawa pulang dari hospital. Mereka terus ke sekolah pada
pagi itu juga dan memaklumkan keadaan mereka kepada Cikgu Abas.
C) LATAR
MASYARAKAT
Pembaca novel ini
dapat mengesan tiga masyarakat utama. Masyarakat pertama yang dapat dikesan
ialah masyarakat Melayu yang diwakili oleh watak Pak Mail, Mak Salmah,
Mariana. Farhana, Cikgu Abas dan lain-lain. Mereka tinggal di luar bandar Kuala
Terengganu iaitu di Danau Seberang, Lembah Klau, Bentung dan Kampung Sedili.
Mereka digambarkan bekerja sebagai petani. Pak Mail mengerjakan sawah walaupun
dinasihatkan oleh Fuad supaya tidak melakukan kerja itu lagi. Pak Mail juga
bercucuk tanam di atas sebidang tanah yang dibeli oleh Fuad. Mariana, Mariah
dan suaminya menorah getah di Bentung. Selainnya merupakan penjawat awam
iaitu guru sebagaimana watak Farhana, Cikgu Abas dan Fuad sendiri.
Pembaca juga
mendapat gambaran latar masyarakat Cina melalui watak Robert Lim dan
Peter Lim. Robert Lim merupakan bapa kandung kepada Fuad manakala Peter Lim
adalah bapa saudara Fuad. Fuad dijaga dan dibesarkan oleh bapa saudaranya Peter
Lim. Robert Lim berkahwin dengan Mariana tetapi meninggalkannya setelah tiga
bulan berkahwin atas desakan keluarga. Setelah Mariana melahirkan anak,
keluarga Robert Lim telah melarikannya dan menyerahkan anak tersebut kepada
Peter Lim di Sungai Ruan. Fuad tinggal bersama mereka sehingga umurnya lebih
dua puluh tahun. Robert Lim merupakan seorang ahli perniagaan yang tinggal di
Kuala Lumpur. Watak Fuad pula mempunyai darah campuran Cina dan Melayu.
Satu lagi
masyarakat yang melatari novel ini ialah masyarakat pendidik di sekolah
menengah di luar bandar. Masyarakat ini termasuklah Farhana, Cikgu Abas, Cikgu
Zamani, Fuad sendiri dan beberapa guru lain. Mereka mengajar di Sekolah
Menengah Seri Setia. Farhana dan Fuad mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris
manakala Cikgu Zamani mengajar mata pelajaran geografi. Mereka bekerja dan
menghadapi cabaran dan masalah mereka sendiri. Cabaran Farhana dan Fuad ialah
sikap pelajar luar bandar yang tidak berminat terhadap penguasaan Bahasa
Inggeris. Farhana juga menghadapi perselisihan faham dengan rakan sekerja
seperti Cikgu Zamani kerana sikap tidak bertanggungjawab terhadap tugas.
Dari sudut
kemasyarakatan, terdapat watak dalam novel ini digambarkan sebagai ahli masyarakat
yang bertanggungjawab. Fuad juga merupakan seorang anak yang
bertanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga. Walaupun hanya sebagai anak
angkat, Fuad tetap memunaikan tanggungjawabnya sebagaimana ibu bapa sendiri.
Dia telah membelikan sebuah motosikal dan sebidang tanah kepada Pak Mail.
Dia selalu membeli keperluan dapur semasa pulang dari sekolah. Selain daripada
itu Fuad juga menunaikan tanggungjawabnya kepada bapa saudaranya Peter Lim yang
telah menjaga dan membesarkannya. Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan
menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh. Dia juga menangunggung belanja persekolah
adik-adik sepupunya. Pak Mail pula menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
Islam dan bapa angkat kepada Fuad. Dia telah memberikan pendidikan agama yang
cukup kepada Fuad sebagai seorang mualaf.
Pak Mail dan Fuad
juga menggambarkan masyarakat yang berpegang kuat pada ajaran agama Islam.
Fuad suka sembahyang berjemaah. Dia selalu berjemaah di surau di kampung
tersebut bersama Pak Mail dan orang kampung yang lain. Fuad belajar ilmu agama
dan membaca al-Quran dengan Pak Mail. Fuad arif tentang rezeki dan
pembaziran apabila dia mengambil dan memakan ayam goreng yang tidak dihabiskan
oleh Farhana semasa mereka makan dalam perjalanan ke Kuantan. Semasa berada di
rumah Peter Lim di Sungai Ruan, Fuad makan di rumah itu kerana dia pasti
keluarga Peter Lim tidak makan makanan yang diharamkan oleh orang Islam. Fuad
juga menjaga tingkah lakunya dengan perempuan. Dia hanya menyentuh Farhana
setelah dia yakin bahawa Farhana adalah adiknya semasa mereka berada di
hospital.
Bertentangan
dengan nilai di atas, novel ini menggambarkan juga masyarakat yang tidak
menghayati ajaran Islam dengan baik. Satu sifat negatif yang terdapat pada
diri Gambaran ini dapat diperhatikan melalui watak Farhana yang terpegun
apabila Fuad menghormati azan Zohor yang dilaungkan. Fuad kemudiannya berdoa
selepas azan sedangkan dia Farhana tidak berbuat demikian. Begitu juga dengan
solatnya. Farhana mengaku bahawa dia banyak meninggalkan solat. Solat yang
sering ditinggalkan ialah solat Subuh kerana dia suka bangun lewat terutamanya
pada hari-hari cuti. Fuad juga memberitahunya tentang rezeki dan pembaziran.
Farhana merasakan dirinya banyak kekurangan dalam penghayatan agama Islam
berbanding dengan Fuad. Demikian juga dengan watak Robert Lim atau Roslan. Dia
memeluk agama Islam hanya untuk berkahwin dengan Mariana.
Cikgu Zamani pula
menggambarkan masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap tugas dan
amanah yang diberikan. Dia suka ponteng kelas. Dia juga suka ponteng
kegiatan kokurikulum pada waktu petang walaupun hanya seminggu sekali. Selain
daripada itu Cikgu Zamani juga lewat ke kelas lanjutan pada petang menyebabkan
pelajar dalam kelas bising. Sikap itu telah ada dalam perhatian Cikgu Abas
selaku guru penolong kanan di sekolah itu. Namun Cikgu Abas memendamkan hal itu
memandangkan Cikgu Zamani adalah cikgu lama dan sikapnya yang tidak boleh
ditegur. Dalam mesyuarat guru pada keesokan harinya Cikgu Abas dengan getas dan
marah memberi amaran bahawa tugas dan tanggungjawab guru adalah amanah. Gaji
yang diterima tidak halal sekiranya guru tidak menunaikan tanggungjawab
tersebut. Sikap itu juga telah menyebabkan dia berkonflik dengan guru lain
termasuklah Farhana.
*********** 5
TEKNIK
A) TEKNIK PLOT
Secara umumnya
boleh disimpulkan bahawa perkembangan plot utama novel Melunas Rindu tidak
mengikut kronologi iaitu tidak mengikut perkembangan masa secara
teratur. Bab 18 jelas menceritakan peristiwa imbas kembali yang telah
berlaku pada tahun 1960-an yang menjadi punca kepada perpisahan antara Abd.
Halim dengan ibu kandungnya Mariana. Mariana mengikut Mariah pulang ke kampung
Husin di Bentung setelah sepuluh hari melahirkan anak. Tujuannya adalah untuk
menyelamatkan Mariana yang gila meroyan. Mariana pulih kemudiannya dan menyesal
kerana asyik menangis menangis selepas melahirkan anak sehingga dia kehilangan
Abd. Halim. Mariah menyerahkan Abd. Halim kepada ayah Mariana. Dia hari selepas
Abd. Halim dilarikan, ayah Mariana meninggal akibat dipatuk ular. Mariana
bertemu jodoh dengan Fakhrudin. Mereka kemudiannya berpindah ke Kuantan dan
mendapat lima orang anak. Mariana percaya Abd. Halim dibawa oleh keluarga
Roslan ke Sungai Ruan. Ketegangan kaum yang masih membahang pada masa itu
menyukarkan Mariana menjejaki Abd. Halim.
Dalam novel ini
juga pengarang telah menyelitkan banyak teknik kejutan. Kejutan
pertama ialah kehadiran Chin ke sekolah untuk menemui Fuad. Fuad juga terkejut
dengan kedatangan Chin. Kedatangan itu juga mencetuskan konflik dalam diri Fuad
kerana Chin telah mengingatkan kembali bapa kandungnya Robert Lim sedangkan
Fuad masih tidak dapat menerima perbuatan bapanya dahulu. Kejutan kedua pula
ialah semasa Fuad menelefon Farhana dan memaklumkan Farhana pulang ke Kuantan
kerana ibunya dimasukkan ke hospital. Berita itu mengejutkan Fuad membuatkan
dia mengambil keputusan drastik untuk bertolak ke Kuantan pada petang itu juga.
Kejutan itu menjadi titik perkembangan dan perubahan plot novel ke kemuncaknya.
Kejutan besar kepada Fuad apabila mendapati nama ibu Farhana sama dengan nama
ibunya. Tambah mengejutkan apabila dia mendapat pengesahan daripada Farhana dan
bapanya sendiri setelah melihat Mariana.
Selain daripada
teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik suspens dalam
novel ini. Pada peringkat awal cerita dalam novel ini pembaca berasa suspens
tentang penerimaan Mak Salmah terhadap Fuad. Kemungkinan Mak Salmah tidak
menerima Fuad kerana perasaannya masih tidak dapat menerima perbuatan Fuad yang
menyebabkan dia kehilangan Sofia. Pembaca juga berasa suspens semasa Fuad pergi
ke Lembah Klau dan Kampung Sedili untuk mencari kubur ibunya. Dia mengetahui
ibunya masih hidup dan dapatkah dia menemui ibunya kembali. Manakala teknik
suspens ini ketara pada kemuncak cerita ketika Fuad dan Farhana berada di
hospital Kuantan. Pembaca berasa suspens tentang tindakan dan penerimaan
Farhana terhadap keadaan yang berlaku. Pembaca juga suspens semasa Robert Lim
masuk untuk memgecam Mariana.
B) TEKNIK
PENCERITAAN
Sebagaimana novel
konvensional yang lain, novel ini juga menggunakan teknik penceritaan yang yang
utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah
watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung. Contohnya
pada bab 2 pengarang telah menggambarkan suasana pantai dan laut di Pantai Batu
Buruk semasa Fuad pergi ke sana seorang diri. Di situ Fuad melayani perasaan.
Pada keseluruhan bab 18 pengarang menggunakan teknik pemerian sepenuhnya untuk
menceritakan kembali kisah yang dilalui oleh Mariana pada tahun 1960-an hingga
menyebabkan dia terlisah dengan Abd. Halim. Mariana mengikut Mariah pulang ke
kampung Husin di Bentung setelah sepuluh hari melahirkan anak. Tujuannya adalah
untuk menyelamatkan Mariana yang gila meroyan. Mariana pulih kemudiannya dan
menyesal kerana asyik menangis menangis selepas melahirkan anak sehingga dia
kehilangan Abd. Halim. Mariana bertemu jodoh dengan Fakhrudin. Mereka
kemudiannya berpindah ke Kuantan dan mendapat lima orang anak.
Selain daripada
teknik pemerian, teknik dialog juga digunakan oleh penulis dengan meluas
dalam karya mereka. Dalam novel ini pengarang telah menggunakan teknik
ini dengan meluas untuk menggambarkan perasaan dan perwatakan seseorang.
Contohnya melalui dialog antara Farhana dengan Cikgu Zamani semasa mereka
bertengkar dalam bilik guru pada halaman 163 membolehkan pembaca mengetahui
perwatakan Cikgu Zamani. Daripada dialog Farhana, pembaca mengetahui Cikgu
Zamani tidak hadir perjumpaan PBSM pada hari Sabtu. Selain daripada itu Cikgu
Zamani juga tidak bertanggungjawab terhadap tugasnya dan tidak masuk ke kelas
sebagaimana yang telah dijadualkan. Demikian juga dialog Fuad dengan Farhana
semasa Fuad membawa Farhana keluar makan seperti yang terdapat pada halaman
130. Dialog itu menggambarkan perasaan sayangnya kepada Fuad dan perasaan
cemburu apabila Farhana menyebut tentang Sofia.
Pengarang juga menggunakan
sedikit teknik monolog luaran. Contohnya pada halaman 66, Pak Mail
bersyukur apabila Fuad menyetakan hajatnya untuk mencari kubur ibunya. Pak Mail
membisikkan ‘alhamdulillah’. Pada halaman 80 pula pembaca akan menemui
penggunaan teknik monolog dalaman pada watak Fuad. Semasa melihat
Mariana, Fuad berbicara dalam hatinya tentang wajah Mariana jika dibandingkan
dengan Farhana terutamanya tentang warna kulit dan hidung. Farhana tidak
mewarisi warna kulit dan bentuk hidung ibunya. Pada halaman 120 pula, Cikgu
Abas berdoa dalam hatinya supaya sikap Fuad terhadap tugas dan pelajarnya tidak
berubah. Sebaliknya terus mengajar dengan tekun sebagaimana yang dilihat oleh
Cikgu Abas. Fuad sekali lagi bermonolog dalam dirinya ketika dalam perjalanan
dari Kuantan ke Kuala Terengganu bersama Farhana sebagaimana yang terdapat pada
halaman 192. Hati Fuad berkata bahawa segala yang berlaku dan sedang
dihadapi olehnya dan Farhana merupakan satu dugaan dalam kehidupan.
******** 6
PENGAJARAN
Novel ini
mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam
kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran awal yang dapat dikesan
dalam novel ialah kita hendaklah mengikut ajaran agama Islam dengan baik.
Pak Mail dan Fuad selalu mengerjakan sembahyang termasuklah sembahyang
berjemaah di surau. Mak Salmah juga menjaga auratnya dalam hubungannya dengan
Fuad kerana Fuad hanyalah anak angkat kepada mereka. Mak Salmah tidak
mendedahkan rambutnya kepada Fuad. Fuad tidak mahu membazir apabila dia memakan
ayam gireng yang tidak dihabiskan oleh Farhana. Fuad mencari masjid dan
bersembahyang qasar dalam perjalanan ke Kuantan dan Sungai Ruan.
Kita juga
hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga.
Ketika tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah sebagai anak angkat, Fuad tetap
memunaikan tanggungjawabnya sebagaimana ibu bapa sendiri. Dia telah membelikan
sebuah motosikal dan sebidang tanah dan menamakan Pak Mail sebagai pemilik
tanah tersebut. Selain daripada itu Fuad juga menunaikan tanggungjawabnya
kepada apaknya yang berada di Sungai Ruan iaitu Peter Lim. Walaupun Peter Lim
merupakan bapa saudaranya tetapi Fuan menganggapnya sebagai ibu bapa kerana
Peter Lim telah membesarkannya. Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan
menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh dan menangunggung belanja persekolah
adik-adik sepupunya.
Kita janganlah
menyimpan perasaan marah dan dendam kepada orang lain. Mak Salmah yang sukar untuk menerima Fuad
kerana Fuad bertanggungjawab atas kehilangan Sofia. Namun setelah setahun Fuad
berasa di rumahnya, Mak Salmah sudah memaafkan Fuad. Cuma dia tidak menzahirkan
hal tersebut. Pak Mail pula tidak pernah berdendam dan menerima Fuad yang
datang ke rumahnya selepas ketiadaan Sofia. Pak Mail juga tidak berdendam
dengan Robert Lim yang bertanggungjawab merancang agar Sofia diambil daripada
Pak Mail dan Mak Salmah. Ketika Robert Lim datang ke rumahnya untuk mecari
Fuad, Pak Mail menerima kedatangan Robert Lim dengan baik dan menerima
permohonan maaf daripada Robert Lim.
Selain daripada
itu, kita juga hendaklah menerima kenyataan dan dugaan dalam hidup. Pada
mulanya Fuad marah dengan tindakan bapanya Robert Lim setelah dia mengatahui
kedudukan dirinya yang sebenar dan peristiwa yang menyebabkan kematian Sofia.
Namun setelah setahun berada bersama Pak Mail hatinya telah memaafkan bapanya.
Dia menerima takdir yang berlaku. Cuma dia belum dapat berhadpan dengan
bapanya. Dia juga menerima kenyataan dan takdir ke atasnya sekali lagi apabila
mengetahui bahawa dia dan Farhana adalah adik beradik. Dia juga cuba memujuk
Farhana agar menerima kenyataan itu kerana setiap ujian ada hikmahnya.
Kita hendaklah
menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Pengajaran ini
ditunjukkan oleh watak Cikgu Abas apabila berhadapan dengan Cikgu Zamani. Dia
suka ponteng kelas. Dia juga suka ponteng kegiatan kokurikulum pada waktu
petang walaupun hanya seminggu sekali. Sikap itu telah ada dalam perhatian
Cikgu Abas selaku guru penolong kanan di sekolah itu. Kemarahannya menuncak
apabila mendapati kelas Cikgu Zamani semasa kelas lanjutan pada petang itu
dalam keadaan bising. Cikgu Zamani tidak ada dalam kelas. Dalam mesyuarat guru
pada keesokan harinya Cikgu Abas dengan tegas dan marah memberi amaran bahawa
tugas dan tanggungjawab guru adalah amanah. Gaji yang diterima tidak halal
sekiranya guru tidak menunaikan tanggungjawab tersebut.
Kita juga janganlah
terlalu mengikut perasaan sehingga menudaratkan diri sendiri. Pengajaran
ini dapat diperhatikan melalui watak Mariana. Dia rasa tertekan setelah ditinggalkan
oleh suaminya Roslan / Robert Lim. Setelah melahirkan anak dia teus meratap dan
menangis sehinga dia menjadi gila meroyan. Keadaan dirinya yang demikian
menyebabkan Mariah menyerahkan anak yang dilahirkan kepada ayah Mariana. Mariah
telah membawanya ke Bentung agar tekanan perasaan Mariana reda. Setelah
beberapa hari, anak itu telah dilarikan oleh keluarga Robert Lim / Roslan.
Setelah sembuh daripada gila meroyan, Mariana menyesal atas perbuatannya
sehingga dia terpisah dengan anaknya.
****** 7
NILAI
Terdapat banyak
nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai ketakwaan
dan keimanan dalam diri beberapa watak dalam cerita. Contohnya Fuad
digambarkan mempunyai pegangan agama Islam yang kuat selain daripada Pak
Mail. Mereka suka sembahyang berjemaah di surau. Fuad lebih memahami
tentang agama Islam berbanding dengan Farhana dan Cikgu Zamani. Mak Salmah juga
tidak mendedahkan rambutnya kepada Fuad kerana Guad hanya anak angkat. Fuad
mencari masjid dan bersembahyang qasar dalam perjalanan ke Kuantan dan Sungai
Ruan.
Hubungan antara
beberapa watak dalam novel ini mewujudkan nilai kasih sayang antara ahli
keluarga. Contohnya Fuad sayang kepada Sofia terutama setelah mengetahui bahawa
Sofia adalah adiknya. Dia juga menyayangi Farhana. Dia masih tetap sayang
kepada Farhana setelah mengetahui Farhana juga adalah adiknya. Begitu juga
dengan perasaan Farhana terhadap Fuad. Perasaan sayang juga mendorong Fuad
menjejaki kubur ibunya. Robert Lim juga sayang kepada anaknya Fuad. Fuad
melawat Peter Lim di Sungai Ruan kerana dia masih menyayangi keluarga itu. Dia
telah memasukkan wang dengan jumlah yang banyak ke dalam akaun Fuad.
Nilai kerjasama
dapat diperhatikan dengan jelas dalam novel ini. Nilai ini dapat diperhatikan
melalui watak Fuad dan Farhana. Mereka bekerjasama dan berbincang untuk mencari
pendekatan terbaik dalam pendidik pelajar mereka dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris. Fuad memberikan buah fikiran tentang program yang akan dilaksanakan
oleh panitia Bahasa Inggeris apabila diminta oleh Farhana. Pak Mail, mak Salmah
dan Fuad bekerjasama mengerjakan tanah yang baru dibeli oleh Fuad untuk
bercucuk tanam.
Watak Cikgu Abas
mencerminkan nilai tanggungjawab dalam novel ini. Dalam mesyuarat
guru Cikgu Abas telah menegur dan memberi amaran tentang tanggungjawab
guru. Teguran itu adalah berpunca daripada rasa tidak puas hatinya terhadap
Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas. Cikgu Zamani juga ponteng kegiatan
kokurikulum pada waktu petang. Cikgu Abas dengan tegas dan marah memberi amaran
bahawa tugas dan tanggungjawab guru adalah amanah yang perlu dipikul olah guru.
Gaji yang diterima tidak halal sekiranya guru tidak menunaikan tanggungjawab
tersebut.
Nilai ketekunan
pula dapat diperhatikan pada watak Fuad. Fuad tidak berputus asa untuk
memenangi hati Mak Salmah yang marah kepadanya kerana bertanggungjawab atas
kehilangan Sofia. Dia melakukan apa yang termampu untuk memujuk perasaan Mak
Salmah. Sebagai guru, Fuad juga tekun mendidik pelajarnya. Dia mengajar dalam
kelas secara individu agar dia dapat mengetahui kelemahan setiap pelajarnya.
Ketekunannya menjejak ibu kandung juga membuahkan hasil. Dia berusaha mengesan
ibunya dan berjaya menemuinya ketika berada di holpital. Ibunya ialah Mariana
yang juga ibu kepada Farhana.
Watak Fuad juga
menggambarkan nilai baik hati. Nilai ini ditunjukkan oleh Fuad
sejak awal cerita apabila dia mengeluarkan belanja untuk menanggung kos
perkahwinan Borhan. Semasa mengajar di Sekolah Menengah Seri Setia, dia membawa
jagung yang ditanamnya untuk dibahagikan kepada kawan-kawan. Fuad
menumpangkan Farhana untuk balik ke Kuantan setelah mengetahui Farhana tidak
mendapat tiket bas ekspres ketika berada di perhentian bas Kuala Terengganu.
Nilai tolong-menolong
dapat diperhatikan oleh pembaca melalui beberapa watak dalam novel ini. Semasa
Fuad di Sungai Ruan, dia telah mendapat pertolongan daripada Pak Said untuk
menjejak kubur ibu kandungnya di Lembah Klau. Pak Said pergi bersama-sama Fuad.
Ketika di Lembah Klau pula Fuad mendapat pertolongan daripada Pak Ngah Lias
untuk mengesan kubur ibunya di Kampung Sedili. Robert Lim juga mendapatkan
pertolongan daripada Chin untuk menunjukkan rumak Pak Mail. Dia ingin ke rumah
Pak Mail untuk menemui Fuad.
Nilai keinsafan
terhadap kesilapan yang lalu dapat diperhatikan pada watak Mariana dan Robert
Lim. Mariana insaf dan sedar akan perbuatannya yangterlalu mengikut perasaan
setelah ditinggalkan oleh Roslan / Robert Lim. Akibat daripada kesedihan itu
dia menangis sehinggalah selepas melahirkan anak. Dia telah menjadi gila
meroyan sehingga anaknya terpaksa diserahkan kepada ayahnya dan kemudiannya
dilarikan oleh keluarga Roslan. Robert Lim / Roslan juga telah insaf dan
menyedari kesilapannya sebelum itu sehingga menyebabkan Sofia meninggal dan
Fuad melarikan diri daripada keluarga.


Le Gadis
Le Chat
♥ SPM Candidates 2014 ♥ 
