Komsas Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5
Friday 31 January 2014 | 0 comments
Hi hoi. Nahh lagi satu. Untuk buat perbandingan semua tu.... Well bnyak noo cekadak cikgu. T_T Ughhh tense.
SINOPSIS
BAB 1
Pada pagi itu Rohayu ( Ayu ) Berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberikan
oleh Dr. Hadi. Selepas bersarapan pagi itu, Ayu dan Azrul pergi ke
perpustakaan. Ayu tiba-tiba tergambar satu kemalangan jalan raya. Kereta
berpusing dan jatuh ke dalam gaung. Ayu menjerit dan pengsan.
Mastura dan Faridah membawa anak-anak istimewa ke Bukit Fraser. Faridah tidak
tenang kerana hubungan pertunangan terputus. Semasa memandu ke Raub, dia
terperanjat apabila Iqbal, salah seorang anak istimewa berada dalam vannya. Dia
menekan brek dan kereta berpusing lalu terbabas ke dalam gaung.
BAB
2 Kemalangan itu dimaklumkan oleh Encik Said
kepada ibu Salmah, ibu Faridah. Salmah begitu sedih menerima berita tersebut.
Pasukan penyelamat mendapati Faridah dan Iqbal hilang. Mereka juga tidak
menemui sebarang jejak sama jejak Faridah dan Iqbal atau jejak lain yang boleh
dijadikan petunjuk. Sarjan Yusoff pula mencadangkan agar mereka gunakan khidmat
bomoh
BAB
3 Mejar (B) Kamarudin terkejut mendapat berita
kehilangan Faridah daripada Cikgu Raduan dari kampung di Sungai Besar. Hatinya
hiba mengenangkan faridah yang ditinggalkan bersama Salmah yang diceraikan
setelah berkahwin dengan Hamidah. Mejas (B) Kamarudin membawa Rahayu, kembar
Faridah untuk hidup bersama mereka. Dia berkahwin dengan Hamidah kerana
terpaksa setelah terlanjur. Mejar (B) Kamarudin segera bertolak ke Bukit
Fraser. Satu jam setelah Mejar (B) Kamarudin berangkat, Hamidah telah menerima
panggilan telefon dari UPM memaklumkan Rahayu dimasukkan ke Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disyaki menghidap kanser.
BAB
4 Rahayu ditemani oleh ibu tirinya Hamidah.
Tubunya lemah. Rambut di kepalanya gugur. Rahayu menutup kepalanya dengan skaf
kerana malu kepada kawan-kawan yang melawatnya. Dia diberitahu bahawa Suhaila
iaitu pesakit yang berada di katil bersebelahan telah meninggal. Kakak Suhaila
telah m emberikan novel-novel Suhaila kepadanya.
BAB 5
Faridah terjaga dari tidur. Dia
mendapati dirinya berada di kawasan rehat pegawai Inggeris. Faridah hairan.
Selepas mandi dia dijemput minum bersama pegawai Inggeris yang bernama Tuan
Cecil Renking. Tuan Cecil Renking memberitahu Faridah berada di Bukit Kutu. Dia
juga memberitahu bahawa Faridah dan Iqbal ditemui oleh orang-orang Penghulu.
Faridah kembali ke biliknya. Dia bingung dan tidur kembali.
Rahayu di hospital masuk ke alam bawah
sedar dan meracau. Di alam bawah sedarnya faridah meminta tolong Rahayu agar
mengeluarkannya dari Bukit Kutu. Hamidah risau. Doktor menjelaskan bahawa
hubungan saudara kembar agak unik dan boleh berhubung melalui transaksi bawah
sedar.
BAB
6 Rahayu dapat merasakan ajalnya semakin dekat.
Dia mahu Azrul berjanji untuk meneruskan cita-cita mereka untuk membuka
perniagaan berasaskan pertanian. Pihak polis telah membuat siding akhbar untuk
memaklumkan bahawa gerakan mencari ditamatkan dan kes itu diklasifikasikan
sebagai kes orang hilang. Mejas (B) Kamarudin tidak berputus asa. Dia dan
Buyung masuk ke dalam hutan untuk menjejak Faridah dan Iqbal. Dia yakin Faridah
dan Iqbal masih hidup.
BAB
7 Mejas (B) Kamarudin dan Buyung meredah hutan
menuju ke Bukit Kutu. Mejar (B) Kamarudin racauan Rahayu yang menyebut nama
Bukit Kutu dan Sungai Kubu. Sesampai di puncak Bukit Kutu, mereka mendirikan
khemah. Hamidah menelefon Mejas (B) Kamarudin dan memberitahu Rahayu melihat
Faridah berada di perkampungan orang Asli dalam alam bawah sedarnya. Buyung
menghubungi pegawai JHEO untuk memastikan perkampungan tersebut. Mereka akan
bertolak pada sebelah pagi.
BAB
8 Mereka bertolak dari Bukit Kutu ke
perkampungan orang asli suku Temuan. Mereka disambut oleh Tok Batin
Senik. Faridah berada di rumah Tok Batin Senik dalam keadaan tidak sedarkan
diri. Iqbal mengikut isteri Tok batin Senik ke sungai. Buyung menghubungi Meor
untuk mendapatkan bantuan helicopter tentera. Setelah menunggu selama dia jam,
mereka berjaya mengeluarkan Faridah dan Iqbal ke Hospital Kuala
Lumpur.
BAB
9 Di Pekan Sungai Kubu. Siti Amah, oranggaji
Tuan Cecil Renking membawa Faridah keluar ke pekan. Faridah dapat melihat
aktiviti perdagangan yang terdiri daripada peniaga tempatan, Pahang dan pendatang
Cina. Dia juga dapat melihat aktiviti perlombongan dan mengangkut bijih timah
melalui sungai. Faridah pernah bertanya tentang Sungai Besar kepada Siti Amah.
Namun Siti Amah tidak mengetahui tempat tersebut. Faridah semakin dapat
menyesuaikan diri. Namun dia tetap merasakan bahawa dia berada di tempat yang
asing.
BAB
10 Faridah
berada di wad ICU dan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rahayu berada di
samping katilnya. Rahayu memegang tangan Faridah sambil menitiskan air mata.
Rahayu keletihan dan meletakkan kepala di tepi dada Faridah. Rahayu dan Faridah
telah bertemu di alam bawah sedar. Rahayu merayu kepada Faridah agar Faridah
kembali kerana ibunya sedang menanti. Dia memberitahu Faridah bahawa
sudah tiba masanya dia pergi. Rahayu meninggalkan Faridah disebalik cahaya.
Faridah menjerit memanggil nama Ayu. Jeritan itu membuatkan ahli keluarga yang
berada di situ terkejut. Faridah telah sedar dan jururawat mendapati Rahayu
telah meninggal dunia. Sewaktu jenazah Rahayu dibawa ke tanah perkuburan,
Faridah masih lemah dan berada di wad ditemani oleh Ghazali.
BAB
11 Salmah
masih bermimpi dan menyebut nama Ayu. Salmah juga menghidap penyakit jantung.
Keadaan itutambah menyedihkan Faridah. Hari itu mereka ke pasar Sungai Haji
Dorani. Salmah membeli belacan daripada Pak Talib, seorang pembuat belacan
terkenal di kawasan itu. Sewaktu perjalanan pulang mereka singgah di kubur
Rahayu di Parit Satu untuk membaca Yasin.
Ghazali menaruh perasaan kepada
Faridah. Dia menemui Salmah untuk menyatakan hasratnya mengambil Faridah
sebagai isteri. Salmah menerima Ghazali kerana peribadi Ghazali yang baik.
Salmah menyampaikan hal itu kepada Faridah. Faridah menyerahkan keputusan itu
kepada ibunya dan berharap hubungan itu akan kekal.
BAB 12
Azrul nekad untuk meneruskan cita-citanya walaupun tanpa Ayu. Dia meminta modal
daripada ayahnya untuk memulakan penternakan kambing. Ketika menziarahi kubur
Ayu, Azrul bertemu dengan Faridah.
BAB 13 Salmah
masih ke sawah walaupun Faridah sudah bekerja. Faridah tinggal bersama ibunya
kerana tidak sanggup meninggalkan ibunya yang sedang sakit. Ghazali, suami
Faridah bertugas di Kelang dan pulang dua atau tiga hari sekali. Perasaan
Salmah semakin tertekan kerana teringatkan Ayu. Dia pergi ke kubur Ayu sehingga
dua kali sehari. Minah, jiran Salmah menenangkan perasaan rindu Salmah. Salmah
semakin sedih mengenangkan penderitaan Rahayu semasa Mejas (B) Kamarudin
menghantar Rahayu pulang.
BAB 14
Faridah bermimpi Ayu datang menggamit ibunya pergi. Dia tersedar dan menunaikan
solat tahajud. Kemudian dia memasak nasi lemak untuk memenuhi selera ibunya
Salmah. Dia mengejutkan ibunya untuk menunaikan solat Subuh. Namun dia
mendapati ibunya sudah meninggal.
BAB 15 25
tahun kemudian. Faridah teolah menetap di New Zealand. Dia berkahwin dengan
Soleh Johnsons, seorang penternak biri-biri yang berjaya. Mereka tinggal di
Rosewood, 30 minit perjalanan dari Cristchurch. Faridah berhijrah ke New
Zealand setelah kematian suaminya Ghazali akibat kamalangan jalan raya.
Dia terlalu sedih dan tertekan. Kemudian dia meninggalkan tanahair untuk
mengikuti kursus di New Zealand. Dia berkenalan dengan Soleh Johnsons dan
akhirnya berkahwin. Mereka dikurniakan dua orang anak kembar iaitu Anne dan
Melina. Faridah amat rindukan kampung halaman. Namun dia sudah tidak ada
saudara di kampung untuk diziarahi.
BAB 16
Melina telah berkenalan dengan Jabbar al-Anbia (Benny) di Aucland Harbour.
Mereka minum dan berbual mesra walaupun baru berkenalan. Melina tidak
berminat lagi untuk belajar setelah gagal tahun pertama di University of
Cunterbury. Dia meminta kebenaran untuk berhijrah ke Aucland untuk mencari
pekerjaan. Dengan pertolongan ayahnya, dia mendapat kerja sebagai pembantu
pelukis plan. Semasa tinggal di sana, dia selalu bertemu dengan Benny. Mereka
saling jatuh cinta dan ingin berkahwin segera. Mereka berangkat dengan segera
bertemu dengan Faridah dan Soleh Johnsons untuk meminta restu. Faridah dan
Soleh Johnsons merestui hubungan mereka dan membenarkan mereka berkahwin.
BAB
17 Zain
dan Asraf Ameen menerima kad jemputan perkahwinan Melina Soleh Johnsons. Mereka
dijemput kerana mereka pernah bekerja sebagai tukang sembelih biri-biri di ladang
Soleh Johnsons. Zain menyingkap pertemuan dan perkenalannya dengan Anne. Zain
membantu Anne membetulkan kereta Anne yang rosak dalam dalam perjalanannya ke
kuliah. Perkenalan itu telah membuahkan rasa cinta antara mereka.
BAB 18
Setelah berkahwin Melina mengikut Benny ke Malaysia. Benny akan bekerja dengan
salah sebuah syarikat minyak milik keluarganya di Terengganu. Setelah sampai ke
Kuala Lumpur, mereka menginap di Hotel Hilton. Benny menghadiri mesyuarat pada
keesokan harinya dan diperkenalkan dengan ahli lembaga pengarah syarikat. Benny
ditugaskan bahagian operasi yang berpejabat di
Terengganu.
BAB 19 Di
Terengganu Melina tertarik kepada sebuah rumah bunglo di tepi laut di Marang.
Benny berusaha membeli rumah tersebut dengan cara menjual kapal layar yang
ditempah di Pulau Duyong ke Singapura. Benny simbuk dengan tugas dan sentiasa
meninggalkan Melina. Melina mengambil kesempatan untuk melukis. Kadang-kadang
dia ke Kuala Terangganu atau ke Marang melihat orang mencanting batik. Benny
semakin berubah kea rah yang lebih baik dan bertanggungjawab. Dia selalu
menderngar usrah daripada Mohamed Attar tentang fahaman agama
Islam.
BAB 20
Soleh kecewa dengan kegiatan vandalisme yang sedang berlaku dan An Noor Islamic
Center turut menjadi mangsa. Perbuatan itu angkara daripada budak-budak punk.
Faridah mencadangkan kepada Soleh agar mereka mengadakan majlis
untuk merapatkan kembali hubungan kejiranan di tempat mereka. Soleh
mencadangkan agar mereka menempah makanan untuk majlis tersebut bagi
meringankan beban Faridah.
BAB 21
Zain berasa teruja berada di kampung untuk bercuti. Ayahnya datul Azrul
menasihati supaya Zain pulang ke kampung setelah menamatkan pengajian di luar
negara. Datuk Azrul mengingatkan Zain bahawa belajar di luar Negara adalah
untuk menimba ilmu dan pengalaman yang semakin maju. Datuk Azrul banyak berjasa
kepada penduduk dengan memajukan industri pertanian sehingga dikurniakan
gelaran datuk.
BAB 22
Zain menyedari banyak perubahan telah berlaku di kampung tersebut. Jemaah di
masjid telah berkurangan. Banyak kebun dan tanah telah terbiar. Zain yakin
tanah terbiar itu dapat dimajukan. Haji Zubair menjelaskan bahawa tanah pusaka
sukar untuk diusahakan kerana nama pemilik yang ramai. Zain telah memberitahu
ayahnya Datuk Azrul bahawa dia telah mempunyai gadis pilihan. Datuk Azrul
tidak membantah tetapi menasihatkan agar Zain tidak melupakan kampung halaman.
BAB 23
Benny semakin berubah dan semakin sibuk. Keadaan itu menyebabkan Melina semakin
terasa sunyi. Benny pergi ke Kuala Lumpur bersama kawannya Mohamed Attar dan
Mehmood. Melina ditemani oleh anak Khadijah, Haji Awang. Dalam pada itu dia
teringat akan kampung ibunya di Sungai Besar dan berhasrat untuk melawat tempat
tersebut.
BAB 24
Zain berkunjung ke rumah Faridah. Hati Faridah sebak dan dia menitiskan air
mata apabila Zain memberitahu bahawa dia berasal dari Sungai Besar. Faridah
menyatakan rasa rindunya terhadap kampung halaman. Namun dia sudah tiada
saudara-mara di sana. Zain menawarkan agar Faridah bertamu ke rumahnya di
Kampung Parit Satu. Anne bersunguh-sungguh mengajak Faridak pulang ke Malaysia
sambil melawat Melina.
BAB 25
Benny, Mehmood dan Mohamed Attar menemui Ustaz Hassan Syukri. Daripada
perbualan mereka dengan Ustaz Hassan Syukri, Benny dan Mohamed Attar
berpendapat bahawa Ustak Hassan Syukri tidak boleh diajak untuk sama-sama
berjihad mendaulatkan syiar Islam
seperti di Iraq atau Palestin. Pemikiran Ustaz Hassan Syukri berlainan dengan
pemikiran mereka.
BAB 26
Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan keluarga Zain dan
berbincang tentang perkahwinan Zain dan Anne. Mereka menginap di bonglo
percutian di Cameron Highland. Di situ juga Soleh berkenalan dengan ramai warga
asing yang menetap di tanah tinggi itu. Datuk Azrul, Datin Aishah dan Zain tiba
untuk berbincang soal perkahwinan. Faridah mendapat tahu bahawa Datuk Azrul
adalah bekas kekasih Rahayu. Mereka bersetuju untuk merapatkankembali hubungan
yang telah terputus sekian lama melalui perkahwinan anak mereka.
BAB 27
Benny menerima email yang mengejutkan. Dia disyaki terlibat dengan kumpulan
pelampau Islam. Mohamed Attar telah ditangkap dan menemui sejumlah besar bom di
dalam begnya. Dia meninggalkan Melina dan terus memandu ke Pulau Pinang. Dalam
perjalanan itu dia sedar bahawa Mehmood merupakan seorang anggota polis. Benny
enggan menyerah diri. Dia ke Miami. Dari situ dia menaiki bot ke perairan
antarabangsa. Sebuah helicopter yang disediakan oleh keluarga an-Anbia Family
Limited untuk membawanya ke lokasi rahsia.
BAB 28
Ketika berbual dengan Datuk Azrul, Faridah menceritakan kembali kisah hidupnya.
Dia tidak mahu anak-anaknya Melina dan Anne mengalami nasib yang sama. Melalui
Datuk Azrul Faridah mendapat tahu bahawa ayahnya Haji Kamarudin masih hidup.
Isterinya telah meninggal dunia dan Haji Kamarudin sedang uzur dengan usia
sudah lebih 70 tahun.
BAB 29
Kehilangan Benny membuatkan hati Melina resah. Pihak syarikat Benny
menghubunginya untuk bertanyakan tentang Benny. Beberapa hari kemudian Melina
telah membuat laporan polis. Melina terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak
polis bahawa rakan Benny, Mohamed Attar merupakan salah seorang yang
dikehendaki oleh polis antarabangsa. Nama Benny tiada daalm senarai dikehendaki
dan senarai tangkapan.
BAB 30
Melina dihubungi oleh wakil Jaafar al-Anbia. Dia memaklumkan bahawa
sejumlahwang telah dikreditkan ke dalam akaun peribadi Melina. Melina juga
telah diberikan sebuah kereta dan rumah banglo di tepi pantai Marang itu telah
ditukar kepada namanya. Melina kemudian bersiap dan memandu sendirian dalam
keadaan hamil ke Cameron Highland.
BAB 31
Majlis perkahwinan Zain dan Anne telah berlangsung. Faridah amat gembira kerana
dia bekesempatan untuk pulang ke kampung halamannya. Dia melawat sawah padinya
yang telah dipajakkan. Kemudian dia ke rumah peninggalan ibunya yang masih
utuh. Dia bersolat dan sujud syukur. Dia juga menemui Pak Talib, penjual
belacan yang telah uzur. Faridah menitiskan air mata. Sementara itu Soleh dan
dan Melina bertolak ke Dubai untuk menemui Jaafar an-Anbia dan mendapat berita
tentang Benny.
BAB 32
Soleh dan Melina tiba di Dubai dan Berjaya menemui Benny. Benny terus
meminta maaf daripada Melina dan menjelaskan bahawa dia terpaksa meninggalkan
Melina atas factor keselamatan dirinya. Benny tidak dapat keluar dari Dubai.
Oleh sebab itu mereka telah mengambil keputusan untuk tinggal di sebuah
banglo di pinggir pantai di Jalan Jumeirah. Soleh kembali ke Malaysia
meniggalkan Melina di Dubai.
BAB 33
Perladangan biri-biri di New Zealand diserahkan kepada Zain dan Anne. Mereka
telah mendapat dua orang anak kembar. Seorang bernama Rahayu atas kehendak Zain
manakala seorang lagi dinamakan Melinda oleh Anne. Soleh telah bekerjasama
dengan Datuk Azrul mengusahakan agropelancongan di Lojing. Mereka membina
kotej-kotej yang kemudiannya mendapat sambutan. Benny membantu dengan
mempromosikan tempat pelancongan tersebut di Dubai. Faridah rasa bahagia
tinggal Cameron Highland, tempat yang berkabus yang mengingatkannya kepada
Bukit Kutu.
TEMA
Novel kabus di Perbukitan bertemakan
kemanusiaan iaitu hubungan kasih sayang antara ahli keluarga.
Novel ini mengungkapkan kisah keluarga yang dapat dibahagikan kepada dua
zaman. Faridah sebagai watak utama telah melalui kedua-dua zaman itu. Zaman
yang pertama adalah zaman remajanya. Pada zaman ini dia telah kehilangan kasih
sayang daripada ahli keluarganya. Sejak kecil dia telah kehilangan kasih sayang
seorang ayah. Dia ditinggalkan oleh ayahnya Mejar (B) Kamarudin setelah
ayahnya berkahwin dengan Hamidah. Sejak itu dia tidak bertemu dengan ayahnya
hinggalah dia ditimpa kecelakaan di Bukit Fraser. Selain daripada itu Faridah
juga telah terpisah daripada adik kembarnya Rahayu. Mejar (B) Kamarudin telah
membawa Rahayu untuk tinggal bersamanya. Faridah tidak dapat merasakan kasih
sayang daripada adik beradik.
Selain daripada disipahkan oleh jarak
dan sama, faridak juga telah dipisahkan daripada Rahayu oleh maut. Walaupun
telah berpisah, namun pada saat-saat akhir hidup Rahayu, mereka dapat berhubung
melalui alam bawah sedar. Faridah meminta pertolongan daripada Rahayu agar
mengeluarkannya dari Bukit Kutu semasa Faridah hilang. Pada akhir pertemuan
mereka, Rahayu menayu kepada Faridah agar Faridah kembali dan dia terpaksa
pergi. Pemergian Rahayu untuk selama-lamanya telah membuatkan Faridah amat sedih.
Selain daripada Faridah, ibunya Salmah juga merasakan kehilangan Rahayu. Dia
hanya dapat merasakan kasih sayang Rahayu hanya seketika. Oleh kerana
perasaan sayang yang tidak dapat digambarkan kepada Rahayu, Salmah amat
merindui Rahayu setelah Rahayu meninggal. Salmah selalu menziarahi kubur
Rahayu. Kadang-kadang sehingga dua kali sehari.
Selepas Faridah berkahwin dengan
Ghazali, Faridah tetap tinggal di rumah ibunya kerana tidak sanggup
meninggalkan ibunya yangsedang sakit seorang diri. Ibunya meninggal tidak lama
kemudian. Diikuti pula oleh suaminya Ghazali akibat daripada kemalangan jalan
raya. Sekali lagi Faridah kehilangan kasih sayang hingga menyebabkan dia rasa
amat sedih dan tertekan. Dia telah membawa diri ke New Zealand. Bermula
daripada penghijrahan itu, Faridah telah melalui fasa kedua dalam hidupnya. Dia
mendapat kembali kasih sayang seletah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan
dikurniakan dua orang anak. Faridah hidup bahagia. Dia juga bertemu dengan
Datuk Azrul, bekas kekasih Rahayu apabila anaknya Anne bertemu jodoh dengan
anak Datuk Azrul, Zain. Hasil daripada hubungan itu Faridah telah kembali ke
Malaysia dan hidup dengan gembira.
PERSOALAN
Antara persoalan yang diselitkan oleh
penulis adalah persoalan perpecahan keluarga yang telah menyebabkan ahli
keluarga kehilangan kasih sayang dan menderita. Perpecahan keluarga dapat
dilihat dengan jelas pada awal novel ini. Ayah dan ibu Faridah telah berpisah
setelah ayahnya berkahwin dengan Hamidah. Malah ayahnya telah membawa saudara
kembar Faridah iaitu Rahayu. Selain daripada kehilangan kasih sayang seorang
anak, ibu Faridah iaitu Salmah juga telah menderita. Dia terpaksa berusaha
sendiri untuk hidup dan membesarkan Faridah tanpa bantuan daripada sesiapa. Dia
bergantung hidup pada tanah sawah yang dikerjakan seorang diri sehingga dia
meninggal dunia. Penderitaan itu menyebabkan Faridah tidak begitu
menghargai ayahnya. Ketika pulang ke Malaysia, dia dimaklumkan oleh Datuk Azrul
bahawa ayahnya masih hidup. Namun dia tidak berminat untuk menemui ayahnya.
Manakala Rahayu pula teramat rindukan ibunya dan mahu hidup bersama
ibunya pada akhir
hayatnya.
Selain daripada itu, novel ini juga
menggarapkan persoalan cinta antara dua remaja. Persoalan ini
digambarkan melalui watak Rahayu dan Azrul. Mereka menuntut di universiti dan
jurusan yang sama telah berjanji untuk hidup bersama. Selain dairpada itu
mereka juga mempunyai cita-cita bersama iaiatu mengusahakan perniagaan yang
berasaskan pertanian setelah tamat pengajian. Keadaan itu menunjukkan mereka
sefahaman. Namun percintaa mereka tidak sampai ke penghujung. Rahayu menghidap
kanser dan meninggal dunia. Pun begitu cinta Azrul kepada Rahayu tidak mati.
Dia meneruskan cita-cita mereka berdua sehingga berjaya dan bergelar datuk. Selain
daripada itu, watak lain yang menjalin cinta dalam novel ini ialah Benny dengan
Melina, anak kepada Faridah. Percintaan mereka begitu pantas dan mereka
mendidikan rumahtangga. Manakala Zain, anak kepada Datuk Azrul pula bercinta
dengan saudara kembar Melina iaitu Anne. Percintaan mereka juga sampai ke
penghujung apabila mereka berkahwin dan hidup bahagia.
Persoalan lain yang tidak kurang
penting dalam novel Kabus di Perbukitan adalah persoalan kahwin campur.
Kahwin campur dalam novel ini bermula daripada perkahwinan antara Faridah
dengan Soleh Johnsons. Perkahwinan ini berlaku akibat daripada penghijrahan
Faridah ke New Zealand setelah semua orang yang disayangi meninggal
dunia. Dia berasa sediah dan tertekan. Di New Zealand dia telah berkenalan
dengan Soleh Johnsons, seorang warga New Zealand dan berkahwin. Faridah hidup
bahagia dan dikurniakan dua orang anak kembar iaitu Melina dan Anne. Melina
kemudiannya berkenalan dengan Jabbar an-Anbia ( Benny ) seorang berketurunan
Arab yang berasal dari Dubai. Cinta mereka berputik dan mereka telah
berkahwin. Manakala Anne yang berdarah campuran Melayu dan mat salih telah
bertemu jodoh dengan seorang Melayu tulen iaitu Zain, anak kepada Datuk Azrul.
Perkahwinan mereka dianggap sebagai perkahwinan dua negara.
Pengarang juga mengungkapkan
persoalan cita-cita dan masa depan selepas menamatkan pengajian. Contoh
yang paling baik untuk dijajikan panduan ialah watak Azrul. Sejak masih
belajar bersama Rahayu, mereka telah memasang cita-cita tentang kerjaya dan
masa depan mereka setelah menamatkan pengajian kelak. Mereka sepakat untuk
tidak mahu mengharapkan pekerjaan makan gaji. Sebaliknya mereka lebih berminat
dengan kerjaya dalam perniagaan yang berasaskan pertanian. Ia bersesuaian
dengan bidang pengajian mereka dalam bidang pertanian. Walaupun Rahayu
meninggal dunia, namun Azrul tidak berputus asa. Dia tetap meneruskan
cita-citanya sebagaimana juga yang diinginkan oleh Rahayu sebelum meninggal
dunia. Hasilnya, selepas 25 tahun, Azrul telah berjaya sebagai peladang dan
dianugerahkan gelaran
datuk.
Sebahagian bersar watak dalam novel
ini juga telah mendokong persoalan perkembangan dan kemajuan dalam bidang
pertanian. Pada awal novel ini pembaca mengenali Salmah yang mengusahakan
sawah dengan tulang empat kerat yang hanya dapat menampung kehidupannya bersama
Faridah. Namun pada masa yang sama dua orang anak muda iaitu Rahayu dan
Azrul telah memasang cita-cita untuk bergiat mahu dalam bidang
pertanian. Mereka ingin membuka perniagaan yang erasaskan pertanian.
Walaupun Rahayu telah tiada, Azrul meneruskan cita-cita itu dengan menternak
kambing. Usahanya berjaya malah dia telah membangunkan sektor pertanian di
kawasan. Jasanya kepada masyarakat menyebabkan dia dianugerahkan gelaran datuk.
Demikian juga anaknya Zain yang telah menuntut dalam bidang pertanian. Zain
telah menurut jejak langkahnya dengan mewarisi lading biri-biri daripada Soleh
Johnsons.
Watak Malina dan Benny telah
menggambarkan persoalan pegangan agama yang longgar dalam masyarakat
Islam pada hari ini. Keadaan ini wujud kerana ramai penganut Islam pada hari
ini menganut Islam kerana keturunannya, bukannya daripada kesedaran dan
mendalam dan keimanan tentang agama Islam. Melina mewarisi agama Islam daripada
ibunya Faridah dan ayahnya yang memeluk agama Islam iaitu Soleh. Dia juga hidup
bebas menyebabkan pengaruh persekitaran meresapi jiwanya. Melina digambarkan
meminum minuman keras dengan alasan untuk memanaskan badan. Begitu juga dengan Benny.
Dalam soal makanan, dia memilih makanan halal. Namun dia suka kepada minuman
keras. Dia tidak dapat memberikan asalan yang kukuh kenapa dia berbuat
demikian. Malah dia sendiri mengakui bahawa imannya tipis dan dia lalai dalam
menunaikan tuntutan agama Islam.
Cerita dalam novel ini juga telah
menggambarkan persoalan penghijrahan untuk mendapatkan kebahagian
hidup. Bermula daripada Faridah yang telah berhijrah ke New Zealand. Semasa
berangkat ke sana, dia telah merasakan bahawa dia tidak akan kembali lagi ke
kampung halamannya. Di New Zealand dia telah bertemu dengan Soleh Johnsons dan
telah berkahwin. Dia akhirnya bahagia dan dikurniakan dua orang anak kembar.
Benny yang suka belayar akhirnya telah berhijrah dan memilih untuk bekerja di
Malaysia setalah bertemu jodoh dengan Melina. Dia cuba menjalani hidup senagai
seorang suami yang bertanggungjawab. Mereka mendapat kebahagiaan dan telah
mengenepikan hobinya yang suka belayar. Faridah dan Soleh juga akhirnya telah
berhijrah ke Malaysia dan tinggal di Cameron Highland. Dia hidup bahagia di
samping kenangan silam. Demikian juga dengan Melina yang telah berhijrah ke
Dubai untuk hidup bahagia bersama suaminya Benny.
Pengarang juga menyelitkan persoalan jihad
dalam mendaulatkan agama Islam melalui watak Benny dan Mohamed Attar.
Mohamed Attar telah berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada Benny dan
tokoh-tokoh agama di negara ini untuk sama-sama berjuang menegakkan kedaulatan
agama Islam. Dia menanamkan semangat untuk berjuang menentang musuh-musuh Islam
yang seperti di Palestin dan Iraq. Benny telah mengikut Mohamed Attar untuk
bertemu dengan Ustaz Hassan Syukri. Mereka ingin mengatahui pandangan Ustaz
Hasaan Syukri tentang perjuangan mereka. Namun Ustaz Hasaan Syukri lebih
besederhana. Mohamed Attar nekad untuk meneruskan niatnya. Namun dia betindak
lebih berani dengan berjuang secara mengangkat senjata. Dia nekad untuk
meletupkan beberapa kepentingan Barat untuk melumpuhkan ekonomi negara
tersebut. Malangnya dia telah ditangkap oleh polis antarabangsa.
Persoalan dalam novel ini juga
berkaitan dengan ekonomi negara Malaysia iaitu persoalan pengambilan pekerja
asing dalam bidang pertanian atau perladangan. Hal ini kerana belia tempatan
tidak lagi berminat untuk bekerja dalam sektor tersebut. Mereka lebih suka
berhijrah ke Bandar menyebabkan kebun dan tanah di kampung banyakyang terbiar.
Bagi mengatasi masalah tersebut. Datuk Azrul berusaha untuk mendapatkan permit
untuk beberapa orang pekerja asing untuk bekerja di ladangnya. Walaupun
Zain tidak berapa setuju dengan pendekatan itu, namun keadaan telah memaksa
pengusaha lading seperti Datuk Azrul berbuat demikian. Tanpa pekerja asing,
urusan kerja ladang tidak dapat disempurnakan. Demikian juga ketika dia
mengusahakan projek agropelancongan di Lojing. Mereka juga mendapatkan
tenaga kerja asing untuk melakukan kerja-kerja kasar terutamanya pada tahap
permulaan projek tersebut.
******** 2
WATAK DAN PERWATAKAN
A) FARIDAH
Anak kepada Mejar (B) Kamarudin dengan
Salmah. Kakak kembar kepada Rahayu. Faridah dan Rahayu dipisahkan semasa mereka
berumur tujuh tahun apabila ayah dan ibunya berpisah. Faridah tinggal bersama
ibunya di Sungai Besar. Dia bekerja sebagai sukarelawan di Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Faridah telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan van yang
dipandunya jatuh ke dalam gaung di Bukit Fraser. Dia hilang selama dua minggu
dan akhirnya dijumpai di perkampungan orang asli di Sungai Dua. Faridah telah
berkahwin dengan Ghazali. Selepas ibunya Salmah dan Ghazali meninggal, dia rasa
kecewa dan tertekan lalu membawa diri ke New Zealand. Di sana dia telah
berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dikurnaiakan dua orang anak kembar iaitu
Melina dan Anne.
Dari segi perwatakan pula, dalam
keseluruhan cerita dalam novel ini dia digambarkan sebagai seorang yang penyayang.
Orang yang sangat dia sayang ialah ibunya Salmah. Dia tidak mahu berpisah
dengan ibunya. Walaupun dia sudah berkahwin dengan Ghazali, dia tetap tinggal
bersama ibunya mengenangkan ibunya yang sedang sakit dan sangat merindui adik
kembarnya Rahayu. Dia juga menyayangi adik kembarnya Rahayu walaupun dia tidak
pernah bertemu dengan Rahayu sejak mereka bermisah. Dia sangat sedih dengan
kematian Rahayu di sisi katilnya. Selain daripada itu dia juga menyayangi
suaminya lebih-lebih lagi Ghazali. Kematian Ghazali membuatkan dia rasa
tertekan dan kehilangan tempat bergantung lalu membawa diri ke New Zealand.
Faridah juga digambarkan sebagai
seorang yang tabah dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup. Cabaran yang
dihadapi oleh Faridah bermula apabila dia terpaksa tinggal bersama ibunya
setelah ibunya Salmah berpisah dengan ayahnya. Dia tabah mengharungi kehidupan
yang sukar dan serba kekurangan. Dia terpaksa menolong ibunya di sawah yang
merupakan satu-satunya sumber rezaki untuk menampung hidup. Dia juga tabah
menghadapi pemergian keluarga tersayang bermula daripada Rahayu akibat kanser.
Dia tabah menjaga ibunya yang sakit sehingga ibunya meninggal dunia.
Selepas 25 tahun di rantau, faridah
dilihat sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang
tinggi. Dia sentiasa merindui negara Malaysia dan kampung halamannya yang telah
ditinggalkan selama ini. Dalam hati kecilnya dia berhasrat untuk meluhat
kembali kampung halamannya. Namun dia tiada sebab yang munasabah kerana dia
tiada saudara yang masih ada di situ. Dia menangis apabila Zain menceritakan
tentang kampung halamannya. Selain daripada itu dia masih menyimpan kad
pengenalan wargenegara Malaysia. Dia tidak mahu membatalkan kewarganegaraannya.
Dia gembira apabila menyemak taraf warganegara di lapangan terbang dan
mendapati dia masih lagi seorang rakyat negara ini.
Selepas terlibat dalam kemalangan
jalan raya dan hilang di Bukit Fraser, Faridah menunjukkan semangat juang
yang kental untuk meneruskan hidup. Dia sesat di dalan hutan selama dua
minggu bersama Iqbal. Dia berjalan dan tersesat jauh dari tempat berlakunya
kemalangan. Selama dua minggu, dia berjaya melalui cabaran di dalam hutan
tersebut sambil mengembara ke Bukit Kutu dan seterusnya ke perkampungan orang
asli di Sungai Dua. Kisahnya bertemu dengan Tuan Cecil Renking dan melihat
kehidupan pada abad 1900-an hanyalah kelusinasinya semasa dia sesat. Di Sungai
Dua dia telah koma, Apabila dia diselamatkan, doktor yang merawatnya kagum
kerana dalam keadaan itu Faridah menunjukkan semangat yang kuat untuk hidup.
B) RAHAYU
Rahayu merupakan anak kepada Mejar (B)
Kamarudin bersama Salmah. Adik kembar kepada Faridah. Dia telah dibawa oleh
ayahnya dan dipisahkan dengan Faridah ketika berumur tujuh tahun. Rahayu hidup
bersama ayah dan ibu tirinya Hamidah. Dia juga merupakan kekasih kepada Azrul
dan mereka sama-sama belajar di UPM. Mereka merancang untuk mendirikan
rumahtangga dan bercita-cita untuk membuka perniagaan yang berasaskan
pertanian. Rahayu menghidap penyakit kanser dan meninggal dunia sebelum
cita-citanya tercapai.
Dari segi perwatakan, Rahayu dari mula
lagi dilihat mempunyai mempunyai daya dan kebolehan psikik yang tinggi.
Semasa di dalam perpustakaan, Rahayu terggambarkan satu kemalangan yang
berlaku. Kenderaan berpusing dan tajuh ke dalam gaung. Peristiwa itu
sememangnya berlaku dan melibatkan kakak kembarnya Faridah. Kemalangan itu
menyebabkan Faridah hilang di dalam hutan selama dua minggu. Rahayu juga dalam
berhubung dengan Faridah yang memberitahunya bahawa dia sedang berada di Bukit
Kutu. Ia telah dijadikan panduang kepada mejar (B) Kamarudin untuk mencari
Faridah di sana. Rahayu juga telah memberitahu Faridah berada di sungai di
perkampungan orang asli yang telah membawa kepada penemuan Faridah.
Rahayu juga merupakan seorang yang bercita-cita
tinggi. Setelah menamatkan pelajaran di UPM, dia tidak bercadang untuk
bekerja dengan mana-mana agensi sama ada agensi kerajaan mahupun swasta. Dia
bercita-cita untuk membuka perniagaan yang berasaskan pertanian bersama-sama
dengan Azrul. Cita-cita itu bersesuaian dengan bidang pengajian mereka iaitu
bidang pertanian. Cita-cita tingginya terserlah apabila dia meminta Azrul
meneruskan hasrat tersebut walaupun dia telah meninggal dunia. Hasratnya
tercapai juga apabila Azrul telah memulakan penternakan kambing dan akhirnya
dia berjaya menjadi peladang jaya.
Dalam menghadapi penyakitnya, Rahayu
digambarkan sebagai seorang yang redha dengan ketentuan Tuhan. Dia tidak
pernah menunjukkan rasa sedih dan kecewa dengan penyakit yang
dideritainya. Dia sedar bahawa dia akan pergi meninggalkan dunia ini
tidak berapa lama lagi. Malah cuba menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebaik
mungkin. Dia telah pergi ke rumah ibunya Salmah ketika Faridah hilang akibat
kemalangan. Semasa di sana dia cuba merasakan kehidupannya bersama ibu kandung
yang selama ini dirinduinya.
C) AZRUL
Semasa remajanya Azrul merupakan
seorang pelajar UPM. Dia mengambil jurusan yang sasa dengan Rahayu. Merupakan
kekasih Rahayu sehinggalah Rahayu meninggal dunia. Selepas menamatkan pengajian
dia memulakan usaha menternak kambing dan akhirnya dia menjadi seorang petani
yang berjaya sehingga dianugerahkan gelaran datuk. Melalui anaknya Zain, dia
dapat bertemu semula dengan kakak Rahayu iaitu Faridah dan akhirnya mereka
berbesan.
Dari segi perwatakan, Azrul
digambarkan sebagai seorang yang cinta akan alam sekitar. Dia terlibat
dan bergiat dalam Persatuan Pencinta Alam yang berusaha memberikan kesedaran
kepada masyarakat tentang kepentingan alam sekitar dan alam semulajadi. Pada
bab pertama Azrul diceritakan terlibat dengan kempen persatuan tersebut di
KLCC. Kempen yang dinamakan sebagai ‘Save Our River’ atau S.O.S
diadakan bagi menyedarkan orang ramai tentang kepentingan sungai yang merupakan
sumber air utama. Mereka berharap masyarakat di negara ini dapat mencontohi
masyarakat di barat yang membina rumah menghadap sungai.
Dalam hubungannya dengan Rahayu, Azrul
digambarkan sebagai seorang yang penyayang. Dia begitu sayang kepada
Rahayu sebagai kekasihnya. Azrul dan Rahayu sentiasa bersama terutamanya semasa
mengulangkaji pelajaran diperpustakaan universiti. Dia juga akan
mengahwini Rahayu dan mencapai cita-cita bersama seletah menamatkan pengajian.
Selain daripada itu Azrul telah menunjukkan sayangnya kepada Rahayu semasa
Rahayu menderita sakit kanser. Azrul sentiasa melawat Rahayu dan sentiasa
bercerita tentang perkembangan di kampung untuk mengurangkan tekanan perasaan
Rahayu. Dia juga banyak memberikan sokongan kepada Rahayu untuk menghadapi
penyakit itu.
Azrul juga digambarkan sebagai seorang
yang gigih berusaha. Sejak berada di universiti lagi dia bercita-cita
untuk membuka perniagaan sendiri yang berasaskan pertanian. Dia memulakan usaha
menternak kambing setelah menamatkan pengajian. Dia berusaha gigih sehingga
berjaya menjadi seorang peladang jaya. Selain itu juga dia telah
memajukan bidang pertanian di kampungnya. Usaha itu telah membantu masyarakat
setempat mendapat manfaat sehingga dia dianugerahkan gelaran datuk. Dia juga
telah bekerjasama dengan Soleh Johnsons menjalankan perniagaan dalam bidang
agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing. Usaha gigih itu juga membuatkan
perniagaan itu berkembang dan berjaya.
Selain daripada itu, Azrul juga
merupakan seorang watak yang mempunyai jati diri yang tinggi. Dia
berusaha membantu masyarakat setempat agar berusaha dan maju terutamanya dalam
bidang pertanian. Dia juga sentiasa menasihati anaknya Zain agar tidak
melupakan asal-usul dam kampung halaman. Walaupun ke mana Zain akan merantau,
dia menasihati Zain agar pulang dan menghabiskan sisa hidup di kampung halaman
kelak. Walaupun Zain telah berkahwin dengan Anne dan diamanahkan untuk
menguruskan ladang ternak biri-biri oleh Soleh Jonhsons di New Zealand, namun
Azrul berharap Zain akan pulang dan menetap di kampung pada suatu hari nanti.
D) MELINA
Anak kepada Faridah dan Soleh
Jonhsons. Dilahirkan di New Zealand. Saudara kembar kepada Anne. Dia telah
gagal tahun pertama di University of Cantubury. Dia berkenalan dengan Benny di
Auckland dan kemudiannya berkahwin. Selepas berkahwin, dia berhijrah mengikut
suaminya bekerja di Malaysia dan tinggal di Marang, Terengganu. Dia kemudiannya
terpaksa berhijrah pula ke Dubai selepas suaminya melarikan diri kerana diburu
oleh polis antarabangsa.
Dari segi perwatakan, Melina
digambarkan sebagai seorang yang suka hidup berdikari. Dia tidak lagi
berminat untuk belajar walaupun didesak oleh ibunya Faridah. Malam dia
telah memilih untuk bekerja dan hidup sendiri kerana memikirkan dia sudah
dewasa. Dia meminta kebenaran daripada ibu dan bapanya untuk berhijrah ke
Auckland. Di sana dia telah bekerja sebagai penolong pelukis plan dengan
pertolongan daripada ayahnya. Di sana juga dia telah tinggal sendirian sebuah
pangsapuri. Semasa suaminya Benny hilang, dia telah memandu sendirian ke
Cameron Highland untuk bertemu dengan ibu bapanya dalam keadaan sarat
mengandung.
Melina juga digambarkan sebagai
seorang isteri yang penyayang. Dia menyayangi Benny dan sanggup
meninggalkan keluarga untuk mengikut Benny berhijrah ke Malaysia. Melina juga
sentiasa menasihati Benny agar memilih kawan yang baik memandangkan dia tidak
senang hati dengan rakan-rakan Benny iaitu Mohamed Attar dan Mehmood.
Melina amat risau apabila Benny menghilang tanpa pesan dan tidak pulang ke
rumah. Ekoran daripada itu dia telah membuat laporan kehilangan suaminya di
balai polis Marang. Akhirnya dia sanggup pergi ke Dubai untuk mengetahui
keadaan suaminya di sana. Dia terus menetap di sana apabila pergerakan Benny
terbatas dan tidak dapat ke luar Negara.
Selain daripada itu Melina juga
digambarkan sebagai seorang yang mempunyai bakat dalam bidang seni terutamanya
seni lukis. Semasa di Auckland, dia telah menyiapkan lukisan dan digantung pada
dinding pangsapurinya. Lukisan itu mendapat pujian daripada Benny. Semasa
berada di Marang, dia menghabiskan masa lapangnya di rumah semasa Benny bekerja
dengan melukis pemandangan keindahan laut. Di samping itu, dia juga mengambil
kesempatan untuk melawat dan melihat gadis-gadis mencangting batik
********* 3
PLOT
Perkembangan plot dalam sesebuah novel
berpunca daripada konflik yang berlaku antara watak-watak dalam cerita. Semakin
rumit sesuatu konflik menyebabkan plot semakin berkembang. Konflik yang berlaku
dalam novel Sutera Dalam Lukisan juga telah menyebabkan plot cerita ini
berkembang dengan baik mengikut peringkatnya yang jelas.
Plot pada peringkat permulaan
dalam novel ini agak singkat. Pengarang telah memperkenalkan dua watak
iaitu Rahayu dan Azrul. Melalui watak Rahayu pengarang telah memperkenalkan
watak-watak lain dalam novel ini. Watak-watak yang diperkenalkan selepas itu
mempunyai kaitan rapat dengan Rahayu. Pada peringkat ini pengarang
memperkenalkan watak Rahayu dan Azrul sebagai seorang pelajar UPM. Mereka
bersarapan dan kemudian pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji. Mereka juga
berbincang tentang rancangan Azrul untuk menyertai kempen kesedaran terhadap
kepentingan sungai di KLCC. Rahayu mahu ikut serta dalam kempen tersebut.
Plot segera beralih ke peringkat
perkembangan apabila Rahayu tiba-tiba tergambarkan satu kemalangan.
Kenderaan berpusing-pusing dan terjunam ke dalam gaung. Rahayu menjerit dan dia
pengsan. Rahayu dibawa ke hospital dan disahkan menghidap penyakit kanser.
Manakala di Bukit Fraser, kakak kembar Rahayu iaitu Faridah terlibat dalam
kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan dari Bukit Fraser ka Raub. Van
yang dipandunya berputar-putar akibat brek yang ditekan secara tiba-tiba. Van
kemudiannya terjunam ke dalam gaung sebagaimana yang tergambar oleh Rahayu.
Dua peristiwa yang mencetus konflik
itu telah menyebabkan pengarang memperkenalkan watak Mejar (B) Kamarudin dan
Salmah yang merupakan ibu bapa kepada Faridah dan Rahayu. Kehilangan Faridah
selepas kemalangan jalan raya memberikan tekanan kepada Salmah. Menambahkan
tekanan perasaannya apabila bekas suaminya Mejar (B) Kamarudin telah menghantar
Rahayu ke rumahnya di Sungai Besar dalam keadaan lemah akibat penyakit kanser.
Tambahan pula Rahayu telah terpisah dengannya sejak usia tujuh tahun. Manakala
Mejar (B) Kamarudin pula berasa bersalah setelah mendapat tahu Faridah yang
tinggal bersama Salmah telah hilang. Dia berkonflik dengan dirinya sendiri
kerana rasa menyesal kerana mengabaikan Faridah selama ini. Atas rasa sayang
dan tanggungjawab itu dia telah masuk ke hutan untuk mencari sendiri Faridah
setelah usaha pencari dan penyelamat menghentikan operasi. Nasibnya baik kerana
Faridah Berjaya ditemui di perkampungan orang Asli di Sungai Dua.
Konflik terus berkembang apabila
Rahayu dapat berjumpa dengan kakak kembarnya yang selama ini dirindui di
hospital. Namun Faridah dalam keadaan koma. Mereka berjaya bertemu dalam alam
psikik apabila Rahayu memegang kuat tangan Faridah. Rahayu merayu Faridah
pulang kerana sudah tiba masanya dia akan pergi. Faridah sedar dari koma dan
pada masa yang sama Rahayu telah meninggal dunia. Kematian Rahayu telah
membuatkan perasaan Salmah tertekan akibat terlalu rindukan Rahayu. Dia melawat
kubur Rahayu sehingga dua kali sehari. Keadaan itu amat merisaukan Faridah.
Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini juga agak singkat.
Tekanan perasaan dialami oleh Faridah apabila ibunya Salmah semakin uzur. Namun
Salmah masih ke sawah. Dalam masa yang Salmah semakin rindukan Rahayu. Perasaan
terus tertekan apabila ibunya meninggal semasa dia kejutkan ibunya untuk solat
Subuh. Konflik perasaan Faridah sampai ke kemuncak apabila suaminya Ghazali
meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Faridah telah
hilang semua tempat bergantung dan hilang semua orang yang disayangi. Tekanan perasaan
itu menyebabkan dia membawa diri ke New Zealand.
Peringkat anti klimaks plot novel ini bermula pada bab 15. Setelah
25 tahun berlalu, Faridah telah dikurniakan dua orang anak hasil daripada
perkahwinannya dengan Soleh Johnsons. Faridah telah mendapat kebahagiaan di New
Zealand. Namun oleh kerana dia mempunyai jati diri yang tinggi, dia sentiasa
rindukan kampung halamannya. Hatinya ingin pulang melihat kampung halaman yang
telah lama ditinggalkannya. Cuma dia tidak mempunyai sanak saudara di Sungai
Besar untuk dia jadikan alasan pulang ke kampung.
Perkenalan anaknya Anne dengan Zain
merupakan jalan penyelesaian terhadap keinginannya selama ini. Dia pulang dan
menyewa di Cameron Highland untuk berbincang dengna keluarga Zain. Bapa Zain
iaitu Azrul yang pernah dikenali dan tinggal sekampung dengannya dahulu telah
membuka jalan untuk Faridah mengunjungi kampung halamannya. Perkahwinan Anne
dilangsungkan di Sungai Besar. Faridah telah pulang ke rumahnya di kampung.
Konflik dalam dirinya terungkai. Dia Berjaya pulang ke kampung halaman
yang selama ini dirinduinya. Dia telah bersolat dan sujud syukur di rumah yang
telah lama ditinggalkannya.
********* 4
LATAR
A) LATAR TEMPAT
Secara umumnya sebagaian besar
peristiwa dalam novel ini berlaku di beberapa tempat di semenanjung Malaysia.
Tempat yang utama ialah Sungai Besar di Selangor. Sungai Besar merupakan
kampung halaman Faridah dan ibunya Salmah. Di situ Faridah dibesarkan oleh
ibunya Salmah hingga dewasa. Di tempat itu juga dia telah terpisah dengan adik
kembarnya Rahayu kerana telah diambil oleh ayahnya dan dibawa ke Indonesia
semasa ayahnya bertugas di sana. Bebarapa peristiwa berlaku di sini termasuklah
kepulangan Rahayu dalam keadaan sakit selama beberapa hari untuk hidup bersama
ibunya Salmah. Salmah pula menderita setelah Rahayu meninggal dan sering
melawat kubur Rahayu sehingga dua kali sehari. Tidak berapa lama, Salmah
meninggal di tempat ini diikuti oleh suami Faridah iaitu Ghazali. Selepas
kematian itu Faridah telah meninggalka kampung halaman ini. Dia merantau ke New
Zealand selama dua puluh lima tahun. Faridah kembali semula ke Sungai
Besar apabila anaknya Anne bertemu jodoh dengan anak Azrul.
Peristiwa penting juga berlaku di Bukit
Fraser. Faridah terlibat dengan satu program bersama dengan anak-anak
istimewa. Faridah memandu van dari tempat penginapannya menuju ke Raub. Semasa
memandu dia telah dikejutkan oleh Iqbal yang menaiki van itu tanpa
pengetahuanna. Brek ditekan tiba-tiba dan van yang dipandunya berputar dan
menjunam ke dalam gaung. Satu perkara yang pelik ialah Faridah dan Iqbal hilang
tanpa dapat dikesan. Ayah Faridah iaitu Mejar (B) Kamarudin telah tiba ke
tempat ini setelah dimaklumkan tentang kehilangan Faridah. Pasukan penyelamat
telah mengambil masa selama dua minggu untuk mengesan dan mencari mereka.
Akhirnya mereka gagal dan membuat keputusan untuk menghentikan operasi. Namun
siasatan akan diteruskan dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang
hilang.
Penulis novel ini juga menggambarkan
keadaan dan suasana Bukit Tuku semasa era kolonial. Ia digambarkan
melalui halusinasi Faridah semasa dia sesat selepas kemalangan yang berlaku.
Dalam keadaan perjalanan yang tidak tentu haluan itu Faridah telah
berhalusinasi tentang dirinya yang berada di Bukit Tuku. Ia merupakan salah
satu kawasan tanah tinggi yang menjadi tempat penjajah Inggeris mendirikan
rumah rehat dan menghabiskan masa cuti di situ. Faridah terjaga pada waktu pagi
dan mendapati dirinya dan Iqbal berada dalam sebuah bilik. Dia dijemput untuk
minum bersana Tuan Cecil Renking. Keadaan pada pagi itu berkabus dan dingin.
Berdasarkan gambaran Tuan Cecil Renking, di Bukit Tuku terdapat beberapa buah
rumah penginapan dan terdapat sebuah kolam renang. Semasa Mejar (B) Kamarudin
dan Buyung tiba di situ, mereka hanya mendapati tapak bangunan tinggalan
penjajah.
Latar tempat beralih pula ke pekan Sungai
Kubu. Tempat ini juga muncul dalam novel melalui halusinasi Faridah semasa
dia masih sesat di hutan. Di tempat ini dia masih lagi berada pada era
colonial. Dia bersama orang gaji Tuan Cecil Renking iaitu Siti Amat keluar ke
pekan. Pengarang menggambarkan latar pekan Sungai Kubu melalui sudut
pandangan Faridah. Faridah dapat melihat hanya dua belas buah kedai. Empat
daripadanya kepunyaan orang melayu Rawa dan Mandailing. Selebihnya kepunyaan
kaun Cina. Faridah juga dapat melihat urusan pengumpulan dan pengeluaran bijih
timah melalui jalan sungai. Cukai dikenakan untuk bijih yang dikeluarkan.
Faridah juga dapat melihat pelombong-pelombong Cina menghisap candu. Pengarang
juga menggambarkan Tuan Cecil Renking membunuh buaya yang mengganas dan pernah
membaham anak Induk Bertuah.
Faridah sesat dan berjalan bersama
Iqbal hingga ke Sungai Dua. Di situ terdapat sebuah perkampungan orang
Asli. Faridah dan Iqbal telah diselamatkan oleh orang Asli dan tinggal di rumah
Tok Batin Senik. Di situ Faridah telah koma kerana kepalanya terhantuk pada
batu di tepi sungai. Melaui racauan Rayahu, Faridah kelihatan sedang mandi di
sungai di kampung berkenaan. Gambaran itu mendaji panduan kepada Mejar (B)
Kamarudin pergi ke perkampungan tersebut untuk mencari Faridah. Bantuan
helikopter sampai dua jam kemudian dan Faridah serta Iqbal dibawa keluar.
Mereka terus dibawa ke hospital.
Hospital Kuala Lumpur merupakan satu lagi latar tempat yang tidak
kurang pentingnya dalam novel ini. Di situlah tempat pertemuan Faridah
dan Rahayu sejak mereka berpisah ketika berumur tujuh tahun. Faridah yang koma
di bawa ke hospital dan Rahayu menemuinya di situ. Mereka juga dapat bertemu
dalam alam psikik mereka apabila Rahayu memegang erat tangan Faridah. Dalam
pertemuan itu Rahayu merayu Faridah pulang untuk bersama ibu mereka kerana
sudah sampai masanya untuk dia pergi. Serentak dengan itu Faridah sedar dan
menjerit menyebut nama Rahayu. Manakala jururawat mendapati rahayu telah
meninggal dunia.
Selepas 25 tahun, latar tempat
berpindah ke New Zealand. Faridah telah berhijrah ke sana setelah
suaminya Ghazali meinggal. Di sana Faridah telah berkahwin dengan Soleh
Johnsons dan dikurnaiakan dua orang anak iaitu Melina dan Anne. Mereka tinggal
di Rosewood di daerah Christchurch. Terdapat ladang ternak biri-biri yang
diusahakan oleh Soleh Johnsons. Zain pernah bekerja di ladang itu secara
sambilan ketika musim cuti semester. Antara peristiwa penting di situ ialah
perkenalan antara Zain dengan Anne. Perkenalan itu membawa kepada perkahwinan.
Zain yang juga berasal dari kampung yang sama dengan Faridah membolehkan
Faridah melawat kampung halamannya di Sungai Besar semasa majlis perkahwinan.
Melida pula berhijrah ke Auckland dan berkenalan dengan Benny. Mereka juga
telah berkahwin dan Melina telah berhijrah ke Malaysia mengikut suaminya
bekerja di syarikat minyak di Marang, Terengganu.
Latar tempat yang terakhir dalam novel
ini ialah Cameron Highland. Faridah dan Soleh Jonhsons menginap di situ
dan menunggu rombongan keluarga Zain untuk berbincang tentang perkahwinan Anne.
Pertemuan dengan keluarga Zain telah membuatkan kenangan lalu datang kembali
dalam ingatan Faridah apabila mengetahui bapa Zain iaitu Datuk Azrul adalah
bekas kekasih Rahayu. Faridah meluahkan perasaannya rindunya pada kampung
halaman kepada Datuk Azrul. Solah Jonhsons kemudiannya membeli rumah di Cameron
Highland dan tinggal di situ. Soleh dan Datuk Azrul bekerjasama mengusahakan
projek agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing berhampiran Tanah Tinggi Cameron.
B) LATAR MASA
Terdapat tiga zaman yang jelas
dalam novel. Jika diperhatikan mengikut urutan masa, pembaca dapat mengesan
latar zaman kolonial atau zaman pemerintahan penjahah British di negara
ini. Zaman ini digambarkan oleh pengarang melalui teknik halusinasi watak
Faridah ketika dia dan Iqbal sesat di dalam hutan. Faridah sesat dan
berhalusinasi hingga ke Bukit Kutu. Di sana Faridah dapat melihat kehidupan
pegawai British pada tahun-tahun 1990-an. Pada masa itu pegawai-pegawai British
suka menghabiskan masa di tempat peranginan yang berhawa sejuk yang tidak jauh
bezanya daripada negara mereka. Faridah dapat melihat kehidupan salah seorang
pegawai British iaitu Tuan Cecil Renking di rumah tumpangannya di Bukit Kubu.
Bentuk rumah dan susunan perabot sememangnya mengikut reka bentuk dan susunan
Inggeris. Selain daripada itu, Faridah juga dapat menyaksikan kegiatan ekonomi
pada era 1900-an. Antara aktiviti ekonomi utama pada masa penjajah ialah
aktiviti perlombongan bijih timah dan perniagaan runcit. Dalam halusinasi itu
juga Faridah telah berkunjung ke pekan Sungai Kubu. Faridah dapat melihat
pekerja-pekerja lombong yang ketagih andu dan kerja-kerja memunggah bijih
melalui jalan sungai.
Berdasarkan perkembangan watak
Faridah, pembaca juga dapat mengesan pembahagian masa atau zaman dengan jelas.
Bahagian pertama ialah zaman 25 tahun yang lampau. Pada masa itu Faridah
merupakan seorang remaja bersama adik kembarnya Rahayu dan Azrul yang masih
menuntut di universiti. Antara perstiwa penting pada zaman itu ialah peristiwa
kehilangan Faridah setelah kemalangan berlaku di Bukit Fraser. Manakala adik
kembar Faridah iaitu Rahayu pula menghidap penyakit kanser. Dua peristiwa itu
telah menemukan kembali dua beradik kembar yang telah berpisah sejak berumur
tujuh tahun. Namun mereka tidak sempat bertentang mata kerana Rahayu menemui
Faridah di hospital dalam keadaan koma. Dua saudara kembar itu hanya sempat
bertemu dalam alam psikik mereka. Rahayu merayu kakaknya Faridah pulang kerana
sudah sampai masanya dia akan pergi meninggalkan ibu. Selepas itu Faridah telah
sedar dan menyaksikan Rahayu dan sudah m eninggal di sisinya. Pada masa ini
juga Faridah menyaksikan penderitaan ibunya yang sakit dan rindukan Rahayu. Dia
menjaga ibunya Salmah hingga ibunya meninggal ketika dia mengejutkan ibunya
untuk solat Subuh. Tidak lama kemudian suaminya Ghazali pula meninggal dunia
akibat kemalangan jalan raya. Faridah sebatang kara dan berhijrah ke New
Zealand.
Pada bahagian kedua novel ini
memaparkan peristiwa yang berlaku pada zaman kedua iaitu selepas 25 tahun
Faridah berhijrah ke New Zealand. Antara peristiwa penting pada bahagian kedua
ini ialah peristiwa perkenalan anak Faridah iaitu Melina dengan Benny. Mereka
kemudiannya berhijrah ke Malaysia kerana Benny bertugas di sebuah syarikat
keluarga yang berpejabat di Terengganu. Perkenalan dan perkahwinan adik kembar
Melina iaitu Anne dengan Zain telah mengubat rindu Faridah pada kampung halaman
setelah 25 tahun berlalu. Zain yang berasal dari kampung yang sama dengannya
telah memberi kesempatan untuk Faridah melawat kampung halaman dan rumah yang
telah 25 tahun ditinggalkannya. Akhirnya Faridah dan suaminya Soleh Johnsons
membuat keputusan untuk menetap di Cameron Highland. Mereka membeli rumah di
situ. Soleh Johnsons berkerjasama dengan Datuk Azrul untuk mengusahakan projek
agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing.
C) LATAR
MASYARAKAT
Pada umumnya masyarakat yang melatari
novel ini ialah masyarakat Melayu yang hidup di perkampungan atau luar
bandar. Mereka diwakili oleh watak utama iaitu Faridah dan ibunya Salmah
serta Azrul. Salmah menyara hidupnya bersama Faridah dengan mengerjakan sawah
padi. Salmah terpaksa berdikari setelah dia ditinggalkan oleh Mejar (B)
Kamarudin telah telah berkahwin dengan wanita lain. Salmah mengerjakan tanah
sawah itu hingga ke akhir hayatnya dengan dibantu oleh Faridah. Berlainan
dengan Azrul yang mendapat pendidikan tinggi. Dia memilih untuk menjadi petani
setelah menamatkan pengajian. Dia memulakan usaha menternak kambing. Hasil
usaha gigihnya dia dapat memajukan bidang pertanian di kampungnya hingga dia
dianugerahkan sebagai peladang jaya dan gelaran datuk.
Selain daripada itu, terdapat juga
masyarakat asing iaitu masyarakat Inggeris. Masyarakat ini terbahagi
kepada dua golongan iaitu masyarakat Inggeris yang terdiri daripada orang
British yang diwakili oleh Tuan Cecil Renking. Golongan ini hadir dalam novel
melalui halusinasi Faridah semasa dia sesat di dalam hutan. Golongan ini datang
dan menjajah serta mentadbir negara ini. Selain daripada itu mereka mengambil
hasil bumi seperti bijih timah. Mereka juga mendirikan rumah penginapan di
kawasan tanah tinggi seperti di Bukit Kutu untuk dijadikan tempat rehat.
Golongan kedua pula ialah masyarakat Inggeris yang tinggal di New Zealand.
Golongan ini diwakili oleh Soleh Johnsons, suami kepada Faridah. Sebahagian
mereka beragama Islam termasuk Soleh Johnsons. Dia mengusahakan lading ternak
biri-biri dan membekalkan daging halal untuk dieksport.
Penulis juga menggambarkan masyarakat
Arab dari Asia Barat. Ia diwakili oleh Benny, suami kepada Melina.
Bumi mereka kaya dengan minyak. Benny merupakan salah seorang daripada keluarga
kaya yang mempunyai syarikat minyak yang mempunyai rangakain perniagaan hingga
ke Malaysia. Benny ditugaskan sebagai pagawai operasi di Terengganu. Namun Benny
dipengaruhi oleh kehidupan yang mewah sehingga mengabaikan agama. Masyarakat
ini juga mempunyai semangat juang dan jihad yang tinggi dalam membela agama
Islam. Ia diwakili oleh Mohamed Attar yang cuba mempengaruhi Benny untuk turut
sama berjihad. Mereka merancang untuk melumpuhkan ekonomi Amerika Syarikat
dengan meletupkan bangunan yang menjadi kepentingan negara tersebut. Mohamed
Attar ditangkap kerana perbuatan tersebut merupakan perbuatan jenayah dan
ganas.
Terdapat sedikit gambaran masyarakat
orang Asli suku Temuan yang hidup di kawasan pedalaman. Kehidupan
masyarakat mereka digambarkan semasa Faridah dan Iqbal sesat di dalam hutan
selepas kemalangan di Bukit Fraser. Mereka membuka sebuah perkampungan di
tebing sungai di Sungai Dua yang diketuai oleh Tuk Batin Senik. Mereka tidak
biasa dengan orang luar. Beberapa ekor anjing digambarkan berkeliaran di
kawasan perumahan mereka. Rumah-rumah mereka rapat-rapat dan kecil diperbuat
daripada anyaman buluh. Cuma rumah Tuk Batin Senik sahaja yang diperbuat
daripada kayu yang kukuh dan beratap zink. Rumah itu juga terdapat saluran
Astro yang menggunakan kuasa solar. Mereka telah menyelamatkan Faridah dan
Iqbal yang didapati merayau-rayau di Sungai Dua.
Manakala Rahayu, Azrul, Anne dan Zain
pula menggambarkan masyarakat pelajar pusat pengajian tinggi. Pada 25
tahun sebelumnya, Rahayu dan Azrul merupakan pelajar UPM. Mereka mengikut
kursus yang sama dan sentiasa bersama termasuklah ketika mengulangkaji di
perpustakaan. Pengajian Rahayu terbantut setelah dia disahkan menghidap kanser.
Azrul meneruskan pengajian hingga tamat. Selepas 25 tahun berlalu, Datuk Azrul
menghantar anaknya Zain untuk belajar di New Zealand dalam bidang pertanian.
Zain bertemu dengan anak Faridah iaitu Anne yang belajar di universiti yang sama.
Dari sudut kemasyarakatan pula, novel
ini menggambarkan beberapa ciri masyarakatnya. Antara lain ialah gambaran masyarakat
yang penyayang kepada keluarga. Bermula daripada Faridah yang sayangkan
ibunya sehingga tidak mahu berpisah walaupun telah bersuami. Suaminya Ghazali
terpaksa berulang-alik dua atau tiga hari sekali dari tempat kerjanya ke rumah
ibu Faridah. Salmah juga sayang kepada adik kembar kepada Faridah sehingga dia
bergitu sedih dengan kematian Rahayu. Tambahan pula Rahayu telah berpisah
dengannya sejak umur tujuh tahun. Manakala Mejar (B) Kamarudin juga sayangkan
anak-anaknya termasuk Faridah yang telah lama ditinggalkan bersama Salmah. Dia
berusaha mencari Faridah setelah usaha pihak pencari dan penyelamat gagal. Dia
telah meredah hutan bersama Buyung sehingga menemui Faridak di perkampungan
orang Asli.
Terdapat juga masyarakat yang
bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Sifat ini
jelas digambarkan semasa kehilangan Faridah di Bukit Fraser selepas van yang
dipandunya terbabas dan tajuh ke dalam gaung. Pelbagai pihak datang mamberikan
bantuan termasuklah penduduk kampung. Selain daripada itu sifat ini juga
digambarkan oleh watak Buyung yang bekerja di Jabatan Perhutanan. Dia
memberikan kerjasama yang baik kepada Mejar (B) Kamaruddin untuk mengesan
Faridah di Bukit Kutu dan perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Tambahan pula
mereka saling mengenali dan kedua-duanya adalah pesara tentera.
Watak utama dalam novel ini pula
menggambarkan masyarakat yang tabah dalam menempuh dugaan hidup. Bermula
daripada kehidupan yang sukar di kampung setelah ditinggalkan oleh ayahnya
Mejar (B) Kamarudin hinggalah kepada kematian seluruh anggota keluarganya.
Faridah melalui kehidupannya berasama ibu dengan mengerjakan sawah untuk menyara
hidup mereka. Dia juga tabah menjaga ibunya yang semakin uzur sehingga ibunya
meninggal. Dia juga tabah menerima kematian suaminya Ghazali akibat kemalangan
jalan raya. Ketabahan itu membuahkan hasil apabila dia berhijrah dan mendapat
kebahagiaan bersama suami keduanya Soleh Johnsons di New Zealand. Demikian juga
dengan Melina. Dia tabah menghadapi dugaan apabila suaminya Benny hilang. Pada
masa yang sama dia memandu sendiri dalam keadaan sarat mengandung untuk
berjumpa dengan ibunya di Cameron Highland.
Terdapat juga beberapa watak yang
menggambarkan masyarakat yang berdikari. Mereka termasuklah Azrul dan
Rahayu. Mereka tidak mengharapkan pekerjaan dalam sector awan apabila tamat
pengajian. Mereka merancang untuk memulakan perniagaan yang berasaskan pertanian.
Walaupun Rahayu meninggal, Azrul tetap meneruskan usaha berkenaan. Dia
memulakan usaha menternak kambing sehingga dia berjaya dan dinugerahkan sebagai
peladang jaya dan gelaran datuk. Malah dia juga mendidik anaknya Zain agar
turut berkecimpung dalam bidang pertanian. Zain kemudiannya menguruskan lading
ternak biri-biri kepunyaan Soleh Jonhsons setelah berkahwin dengan Anne.
Demikian juga dengan Salmah. Dia berdikari untuk hidup setelah ditinggalkan
oleh suaminya Mejar (B) Kamarudin sambil membesarkan Faridah. Dia bekerja di
sawah dengan dibantu oleh Faridah untuk menyara hidup.
*********** 5
TEKNIK
A) TEKNIK PLOT
Secara umumnya boleh disimpulkan
bahawa perkembangan plot utama novel Kabus di Perbukitan ini mengikut
kronologi iaitu mengikut perkembangan masa secara teratur. Faridah terlibat
dalam kemalangan jalan raya dan hilang selama dua minggu. Adik kembarnya Rahayu
pula menghidap kanser. Mereka berjumpa di hospital tanpa bertentang mata.
Faridah kehilangan Rahayu kemudian ibu dan suaminya. Dia tertekan dan berhijrah
ke New Zealand dan berkahwin dengan Soleh Johnsons. 25 tahun kemudian, dia
kembali ke kampung halamannya yang dirindui selama dia berada ni New Zealand.
Anaknya Melina berkahwin dengan Benny dan berhijrah ke Malaysia. Begitu juga
dengan Anne. Dia telah berkahwin dengan Zain yang berasal dari kampung yang
sama dengan Faridah. Faridah kemudiannya menetap di Cameron Highland. Cuma
terdapat beberapa bahagian kecil imbas kembali yang membolehkan pembaca
mengetahui sejarah hidup Faridah.
Dalam novel Kabus di Perbukitan ini,
terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang menjadikan novel
ini lebih menarik walaupun plotnya mengikut kronologi. Terdapat tiga teknik
plot utama dalam novel ini. Teknik plot pertama yang dapat dikesan dalam novel
ini adalah teknik imbas kembali. Pengarang meneritakan beberapa
peristiwa kecil di beberapa tempat sepanjang plot novel ini. Antara
teknik imbas kembali yang terdapat dalam novel ini ialah imbas kembali kisah
pertemuan Mejar (B) Kamarudin dengan Salmah di Calet Seri Buana di Pengkalan
Balak. Pertemuanini membawa mereka ke jinjang pelamin. Tidak lama kemudian
Mejar (B) Kamarudin berkenalan dan berkahwin pula dengan Hamidah ketika
bertugas di Pengkalan Hulu dan seterusnya mengambil Rahayu tinggal bersamanya.
Selain daripada itu pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk
menceritakan peristiwa pertemuan Salmah dengan Rahayu ketika Rahayu dihantar
oleh Mejar (B) Kamarudin ke rumahnya. Rahayu ingin pulang dan merasai kehidupan
dengan ibu yang selama ini dirinduinya. Tubuh Rahayu yang begitu kurus
menambahkan lagi rasa sayu Salmah terhadap anaknya itu. Dia sedih dengan
penderitaan yang dialami oleh Rahayu. Salmah juga menyediakan kuih ibu ketuk
kegemaran Rahayu.
Pengarang juga menyelitkan sedikit
teknik imbas muka dalam novel ini. Antaranya imbas muka yang dibayangkan
oleh Faridah saat van yang dipandunya tidak dapat dikawal lagi dan akan
terjunam ke dalam gaung. Dia membayangkan keadaan dan perasaan ibunya menerima
jenazahnya nanti. Dia membayangkan perasaan ibunya penuh sayu. Demikian juga
imbas muka yang dibayangkan oleh Rahayu semasa dia berada di hospital apabila
dia mengetahui pesakit bersebelahan katilnya telah meninggal dunia.
Apabila dia melihat katil di sebelahnya dikemaskan oleh jururawat, dia
juga membayangkan katilnya akan dikemaskan demikian rupa suatu hari nanti.
Semasa katilnya dikemaskan, orang di sebelah katilnya pula akan akan merasa
seperti apa yang dia rasakan ketika itu. Imbas muka juga terdapat pada halaman
53 apabila Rahayu membayangkan hubungannya dengan Azrul. Rahayu membayangkan
kepada Azrul bahawa cinta mereka akan menjadi kenangan yang indah bagi Azrul.
Dia tidak akan mempu melalui semua sesi rawatan yang disediakan. Dia akan pergi
juga pada satu hari nanti.
Selain daripada teknik di atas,
pengarang juga menggunakan sedikit teknik suspens dalam novel ini.
Pembaca berasa suspens dengan peristiwa kemalangan jalan raya yang dialami oleh
Faridah kerana Faridah didapati hilang dan tidak dapat dijejaki oleh pesukan pencari
dan penyelamat. Perasaan suspens juga dirasai oleh watak dalam novel seperti
Ghazali, Sarjan Yusoff dan lain-lain. Pelbagai andaian telah dibuat tentang
kehilangan Faridah dan Iqbal termasuklah kemungkinan angkara binatang buas dan
komunis. Perasaan suspens terus dirasakan sehinggalah Faridah dan Iqbal ditemui
oleh Mejar (B) Kamarudin di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Selain
daripada itu pembaca juga berasa suspens terhadap pertemuan Rahayu dengan
Faridah. Rahayu sedang menderita kerana kanser dan Faridah pula hilang di dalam
hutan. Dalam keadaan itu, apakah mereka sempat bertemu sebelum Rahayu
menghembuskan nafas terakhirnya. Persoalan itu terjawab apabila Rahayu
dapat menatap wajah Faridah di hospital sebelum Rahayu meninggal dunia.
Teknik kejutan juga digunakan oleh pengarang dalam novel
ini. Pengarang menggunakan teknik ini dalam persitiwa yang melibatkan Melina
dan Benny. Satu kejutan apabila Benny meninggalkan rumahnya secara tiba-tiba
setelah menerima satu email yang mengejutkan. Peristiwa itu membentuk satu anak
plot dalam novel ini. Pembaca juga terkejut apabila mendapati Benny terlibat
dengan kegiatan haram dan pengganas yang diwakili oleh Mohamed Attar. Dia
melarikan diri dan akhirnya mendapat perlindungan kerajaan Dubai. Pembaca juga
mengalami kejutan apabila Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah. Pembaca
berasa demikian kerana mereka tidak sempat bertemu dan melepaskan rindu yang
sekian lama terpendam. Mereka hanya bertemu di alam psikik yang memberikan
isyarat mereka akan berpisah. Pembaca tidak menyangka mereka akan berpisah
begitu cepat seperti itu.
Satu lagi teknik menarik yang
digunakan oleh pangarang dalam novel ini ialah teknik mimpi atau teknik
bawah sedar. Teknik ini digarapkan oleh pengarang melalui watak Faridah.
Melalui teknik ini pembaca didedahkan dengan kisah atau peristiwa semasa zaman
penjajahan British di Tanah Melayu. Semasa Faridah dan Oqbal sesat di dalam
hutan, mereka telah sampai ke Bukit Kutu dan bermalam di rumah Tuan Cecil
Renking. Dia menikmati pemandangan dan suasana rumah percutian pegawai Inggeris
di sana dengan keadaan dingin dan berkabus. Sebenarnya kawasan rumah rehat itu
sudah ditinggalkan dan hanya terdapat tapak bangunan sahaja. Semasa Faridah
berhalusinasi atau mengembara di bawah sedar juga, dia telah pergi ke pekan
Sungai Kubu. Di situ Faridah telah menyaksikan aktiviti melombong dan
mengangkut bijih timah serta aktiviti perniagaan yang dipelopori oleh kaum Cina
dan Melayu. Dia juga dalam menyaksikan kegiatan penagihan candu dalam kalangan
pelombong Cina.
B) TEKNIK PENCERITAAN
Sebagaimana novel konvensional yang
lain, novel ini juga menggunakan taknik penceritaan yang yang utama iaitu teknik
pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan
telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung. Contohnya sejak awal cerita
pengarang telah menggambarkan perwatakan Rahayu sebagai seorang pelajar
universiti. Dia bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang sepatutnya dihantar
pada sebelah paginya. Demikian juga gambaran latar tempat di Bukit Fraser
dengan cuaca yang dingin dan berkabus pada waktu pagi. Burung-burung
berterbangan dan monyet bergayutan pada pokok hutan. Kemudian pengarang
menggambarkan keadaan yang menyebabkan van yang dipandu Faridah
berpusing-pusing dan kemudian menjunam ke dalam gaung. Pengarang juga
menceritakan tentang sejarah hidup Mejar (B) Kamarudin yang berkenalan dan
berkahwin dengan Salmah. Kemudian dia berkahwin pula dengan Hamidah dan
meninggalkan Salmah. Terdapat banyak lagi gambaran menggunakan teknik pemerian
yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini.
Selain daripada teknik pemerian, teknik
dialog juga digunakan oleh penulis dengan meluas dalam karya mereka. Dalam
novel ini pengarang telah menggunakan teknik ini dengan meluas untuk
menggambarkan perasaan dan perwatakan seseorang. Contohnya melalui dialog
antara Rahayu dengan Azrul. Melalui dialog itu pembaca mendapat gambaran
tentang perwatakan mereka yang berhasrat untuk berdikari setelah menamatgkan
pengajian kelak. Mereka bercadang untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian
bersama-sama. Selain daripada itu, dialog antara Melina dan Benny
membolehkan pembaca mendapat gambaran tentang perwatakan Benny. Pembaca
mendapat gambaran bahawa pegangan agama dalam diri Benny. Walaupun dia berketurunan
Arab yang beragama Islam, tetapi keimanannya tidak kuat. Dia hanya terbiasa
dengan makanan halal tetapi dia suka meminum minuman keras malah merasakan
minuman itu lebih
nikmat.
Dalam novel ini juga pengarang menggunakan
sedikit teknik monolog. Monolog dalaman dapat diperhatikan dengan jelas
pada halaman 12. Pada saat berlakunya kemalangan dan keretanya tidak dapat di
kawal lagi, Faridah telah bermonolog dalam dirinya tentang nasib yang akan
menimpa diri dan perasaan sedih ibunya semasa menerima jenazahnya nanti. Dalam
monolog dalamannya Faridah memohon ampun daripada ibunya terhadap dosa selama
ini. Dia juga memohon ampun daripada Allah dan bertawakal tentang nasib yang
akan menimpanya. Dia redha menerima ketentuan-Nya. Pada halaman 118 Faridah
sekali lagi bermonolog dalam dirinya setelah bangkit dari tidur. Dia bermimpi
tentang kehadiran Ayu dengan wajah yang jernih menggamit ibunya. Dalam monolog
dalaman semasa memulakan solat, dia berserah dirinya kepada Allah dan
menerima segala ketentuan-Nya. Manakala monolog luaran dapat
diperhatikan oleh pembaca pada halaman 119. Selepas solat Subuh
Faridah ke dapur untuk memasak nasi lemak dan sambal bilis kegemaran ibunya.
Faridah bermonolog apabila mendapati ibunya lewan bangun, “Lewat mak bangun,
selalunya tidak begini.”
******** 6
PENGAJARAN
Terdapat banyak pengajaran yang dapat
dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran
yang awal yang dapat dikesan dalam novel ialah kita hendaklah berusaha gigih
dan tidak terlalu bergantung kepada kerjaya makan gaji. Contoh terbaik
dalam novel ini ialah Rahayu dan Azrul. Mereka tidak langsung mengharapkan
kerja makan gaji setelah tamat pengajian di universiti. Sebaliknya mereka
merancang untuk bekerja sendiri dalam bidang perniagaan yang berasaskan
pertanian. Walaupun Rahayu meninggal dunia, namum Azrul tetap meneruskan
hasratnya dengan memulakan penternakan kambing. Berkat usaha gigihnya dia telah
berjaya memajukan bidang pertanian di kampungnya dan dianugerahkan sebagai
paladang jaya dan gelaran datuk.
Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab
terhadap anak-anak mereka. Pengajaran ini
digambarkan oleh watak Salmah dan Mejar (B) Kamarudin. Salmah menunaikan
tanggungjawabnya membesarkan Faridah walaupun dia merupakan ibu tunggal setelah
dia ditinggalkan oleh Mejar (B) Kamarudin. Manakala Mejar (B) Kamarudin pula
rasa bertanggungjawab terhadap anaknya Faridah yang telah lama ditinggalkan.
Rasa tanggungjawab itu begitu mendalam setelah dia menerima berita kehilangan
Faridah selepas van yang dipandu Faridah terbabas dan terjunam ke dalam gaung.
Atas rasa tanggungjawab itu dia berusaha masuk ke dalam hutan bersama Buyung
untuk mencari Faridah setelah usaha pasukan penyelamat gagal
Kita haruslah rajin menuntut ilmu
memahirkan dan memajukan diri sendiri. Pengajaran ini dapat diperhatikan
melalui watak Azrul. Dia amat mementingkan ilmu dalam mengusahakan sesuatu.
Dengan ilmu yang ditimba di UPM, dia bercita-cita untuk memulakan perniagaan
berasaskan pertanian bersama Rahayu. Setelah menamatkan pengajian dia memulakan
penternakan kambing walaupun Rahayu telah tiada. Manakala selepas 25 tahun,
anaknya Zain telah dihantar ke New Zealand untuk mengikuti pengajian dalam
bidang pertanian. Dia mahu Zain menimba ilmu dan kemahiran sebanyak mungkin
dalam bidang pertanian agar dapat menggantikannya menguruskan ladang dengan
labih baik.
Setiap ahli masyarakat hendaklah
mempunyai semangat kerjasama
dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Pengajaran ini digambarkan
oleh ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai komuniti untuk mencari dan
menyelamat Faridahyang didapati hilang selepas van yang dipandunya terjunam ke
dalam gaung semasa dia memandu dari Bukit Fraser ke Raub. Kerjasama bukan
sahaja daripada agensi kerajaan seperti polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan Jabatan Perhutanan malah turut disertai oleh masyarakat kampung
dan masyarakat orang Asli.
Kita hendaklah tabah dan sabar dalam
menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Contoh yang jelas ialah kesabaran Salmah dalam menjalani kehidupannya sebagai
ibu tunggal setelah dia ditinggalkan oleh Mejar (B) Kamarudin. Dia mengerjakan
sawah padi seorang diri untuk menyara hidupnya bersama Faridah. Mejar (B)
Kamarudin tidak pernah bertanya khabar tentang mereka. Demikian juga dengan
Faridah yang tetap sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup. Semangatnya
ternyata kuat semasa dia hilang dan sesat di dalam hutan. Dia juga tabah
menghadapi kehilangan ahli keluarga bermula daripada adik kembarnya Rahayu, ibu
dan kemudian suaminya Ghazali.
Sebagai makhluk Allah, kita
hendaklah menerima takdir dan ketentuan-Nya kepada kita. Faridah menyerah
dirinya dan sedia menerima apa sahaja ketentuan Allah terhadapnya setelah dia
bermimpi dan terjaga pada awal pagi. Dia juga meyerahkan kepada takdir Allah
semasa van yang dipandunya tidak dikawal dan terjunam ke dalam gaung. Demikain
juga dengan Rahayu. Dia menyerahkan takdir dirinya yang menghidap kanser kepada
takdir Allah. Dia menerima takdir bahawa dia akan pergi meninggalkan dunia dan
keluarga pada suatu hari. Dia tidak pernah menunjukkan kesedihan dan ketakutan
dengan takdirnya.
Kita hendaklah mengamalkan sikap
tolong-menolong walaupun
berlainan bangsa dan agama. Pengajaran ini dapat diperhatikan oleh pembaca
melalui tindakan masyarakat orang Asli yang diketuai oleh Tuk Batin Senik yang
menyemalatkan Faridah dan Iqbal apabila mereka mendapati Faridah dan Iqbal
merayau-rayau di tepi Sungai Dua. Kepada Faridah terhantuk pada batu
menyebabkan Faridah koma. Tok Batin Senik cuba memulihkan Faridah menggunakan
caranya. Faridah hanya sedar beberapa ketika sahaja. Faridah terus dijaga di
rumahnya sehinggalah Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di situ. Mereka suami
isteri juga menjaga Iqbal dengan baik.
Sebagai orang Islam, kita hendaklah
mengamalkan cara hidup Islam dengan baik. Sikap ini ditunjukkan oleh
kesedaran Benny dan Melina sendiri yang selama ini tidak mengamalkan cara hidup
Islam dengan baik. Perkenalan Benny dengan Ustaz Hassan Syukri digunakan oleh
Benny dan Melina untuk memperteguhkan iman mereka. Nasihat daripada Ustaz
Hassan Syukri. Demikian juga jiran mereka di Marang iaitu haji Awang. Benny dan
Melina banyak menerima nasihat dan pengajaran daripada Haji Awang sepanjang
mereka berjiran. Benny dan Melina sedar tentang kesilapan mereka meneguk arak
sebelum itu.
Selain daripada itu, sebagai seorang
warganegara kita mestilah sentiasa setia setia terhadap negara serta
mempunyai jati diri yang kental. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui
watak Faridah. Walaupun sudah 25 tahun dia tinggal di New Zealand, namun dia
masih mengingati dan merindui kampung halamannya di Sungai Besar. Malah dia
sentiasa ingin pulang ke kampungnya. Lebih daripada itu dia tidak pernah
memohon untuk membatalkan kerakyatannya. Demikian juga dengan Datuk Azrul. Dia
menasihatkan anaknya Zain agar pulang juga ke kampung halaman walaupun ke mana
sahaja Zain merantau.
Seseorang penganut agama Islam kita
hendaklah mempertahankan maruah agama dan sedia berjihad untuk
memartabatkannya. Pengajaran ini digambarkan oleh Mohamed Attar dan Benny.
Mohamed Attar berjuang mempertahankan dan memartabatkan agama Islam daripada
musuh Islam iaitu Amerika Syarikat dan Israel. Dia cuba mendapatkan sokongan
Benny dan Ustaz Hassan Syukri untuk turut serta dalam perjuangannya. Namun dia
berjihad dengan cara mengangkat senjata menyebabkan dia diburu dan ditangkap
kerana melakukan keganasan. Dia membawa sejumlah bom untuk meletupkan
kepentingan Amerika.
Kita hendaklah menjaga alam sekitar
dan alam semulajadi agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang.
Sikap ini ditunjukkan oleh Azrul semasa menuntut di UPM. Dia menyertai
NGO yang mengadakan kempen cintai sungai di KLCC untuk menyedarkan orang ramai
tentang kepentingan sumber air bersih kepada manusia. Semasa mengusahakan
projek agropelancongan di Tanah Tinggi Loging bersama Soleh Johnsons,
mereka cuba mengelak daripada menebang pokok-pokok bernilai tinggi yang
terdapat di tapak projek mereka walaupun terpaksa menanggung kos yang tinggi.
****** 7
NILAI
Terdapat banyak nilai yang dapat
dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang
iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak serta kasih sayang kepada
saudara. Salmah begitu sayang kepada anaknya Rahayu sehingga perasaannya sayu
apabila Rahayu pulang ke rumahnya dalam keadaan yang begitu kurus. Perasaannya
juga tertekan apabila Rahayu meninggal dunia sehingga dia melawat kubur Rahayu
sebanyak dua kali sehari. Demikian juga dnegan Rahayu. Dia begitu sayangkan
kakak kembarnya Faridah. Dia ingin bertemu dengan Faridah sebelum dia meninggal
dunia.
Pada diri watak Salmah dan Mejar (B)
Kamarudin terdapat nilai janggungjawab terhadap anak-anak. Salmah
menjalankan tanggungjawabnya membesarkan Faridah dalam keadaan sukar sebagai
ibu tunggal. Manakala Mejar (B) Kamarudin menyedari tanggungjawabnya terhadap
Faridah di telah diabaikannya sejak berkahwin dengan Hamidah. Atas rasa
tanggungjawab itu dia nekad untuk masuk ke dalam hutan dan mencari Faridah
setelah usaha pasukan penyelamat gagal mengesan Faridah setelah dua minggu
menjalankan operasi.
Nilai tolong-menolong juga
diselitkan oleh pengarang dalam novel ini. Semasa Faridah hilang selepas van
yang diu pandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung, terdapat juga
masyarakat orang Asli dan masyarakat kampung yang menawarkan bantuan untuk
turut sama dalam operasi mencari dan menyelamat. Masyarakat orang Asli di
Sungai Dua pula telah menolong menyelamatkan Faridah dan Iqbal semasa Faridah
dan Iqbal merayau-rayau di Sungai Dua. Mereka menjaga Faridah sehingga Mejar
(B) Kamarudin dan Buyung tiba di situ dan membawa Faridah dan Iqbal keluar dari
perkamopungan tersebut.
Watak Salmah dan Faridah juga
menggambarkan nilai ketabahan dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup.
Salmah tanah mengharungi hidupnya bersama Faridah yang ditinggalkan oleh
suaminya Mejar (B) Kamarudin. Dia bekerja seorang diri di sawah untuk
mendapatkan rezeki dan membesarkan Faridah. Faridah pula tabah menghadapi
pemergian ahli keluarganya bermula daripada Rahayu, ibunya dan kemudian
suaminya Ghazali akibat daripada kemalangan jalan raya. Hasil daripada
ketabahannya dia telah mendapat kebahagiaan setelah berhijrah ke New Zealand
dan berkahwin dengan Soleh Johnsons.
Nilai kegigihan pula dapat
diperhatikan pada watak Azrul. Sejak masih menuntut di UPM dia dan Rahayu
bercita-cita untuk membuka perniagaan yang berasaskan pertanian. Dia tetap
meneruskan cita-citanya walaupun Rahayu telah meninggal dunia. Dia mendapat
modal daripada ayahnya dan memulakan usaha menternak kambing. Dia berusaha
gigih hingga berjaya memajukan bidang pertanian di kampungnya. Hasilnya dia
telah dianugerahkan sebagai peladang jaya dan gelaran datuk. Selepas 25 tahun,
dia bekerjasama dengan Soleh Johnsons menjalankan projek agropelancongan di
Tenah Tinggi Loging. Berkat kegigihannya projek itu Berjaya dan berkembang.
Nilai cinta pula diselitkan
oleh pengarang melalui watak remaja dalam novel ini. Azrul dan Rahayu bercinta
semasa menuntut di UPM. Mereka merancang untuk berkahwin dan memulakan
perniagaan bersama-sama. Namun hasrat mereka tidak kesampaian kerana Rahayu
meninggal terlebih dahulu akibat kanser. Hubungan cinta juga dapat diperhatikan
daripada watak Melina dan Benny. Mereka berkenalan dalam masa yang singkat.
Benny jatuh dinta dan terus mengajak Melina berkahwin. Demi cinta Melina
menurut ke masa sahaja Benny pergi. Demikian juga dengan Zain dan Anne. Mereka
berkenalan semasa menuntut di universiti. Mereka bercinta dan mendirikan rumahtangga.
Upacara perkahwinan diadakan di kampung halaman Faridah.
Pengarang telah menyelitkan beberapa
watak berbangsa Arab yang menggambarkan nilai keberanian dalam diri
mereka. Watak Mohamed Attar mempunyai semangat yang kental untuk mempertahankan
maruah agama Islam. Dalam usaha mempertahankan agama Islam dihina oleh
masyarakat Barat, Mohamed Attar dengan berani mempertaruhkan nyawanya untuk
berjihad. Dia merancang untuk meletupkan beberapa kepentingan Amerika dengan
tujuan melumpuhkan ekonomi negara tersebut. Namun dia ditangkap kerana kegiatan
tersebut adalah satu bentuk keganasan.
Pembaca juga dalam mengesan nilai
jati diri dan patriotik yang tinggi dalam diri watak. Faridah sangat sayang
akan negara Melaysia walaupun sudah 25 tahun berada di New Zealand. Dia
sentiasa mengingati dan merindui kampung halamannya di Sungai Besar. Dia juga
tidak pernah memohon untuk membatalkan kerakyatan negara Malaysia. Akhirnya dia
dapat pulang apabila anaknya berkahwin dengan anak Datul Azrul, bekas kekasih
adik kembarnya Rayahu. Dia dan suaminya Soleh Johnsons telah menetap di Cameron
Highland.